Sangkakala banyak kali keluarkan artikel tentang para para blogger yang dikatakan dipinggirkan oleh sesetengah pihak demi untuk melihat rakan rakan Sangkakala mendapat pembelaan.
Tapi dalam pada masa yang sama, rupanya memang ada sepertimana yang dikatakan oleh seorang rakan blogger Sangkakala iaitu braderjai tentang pepatah melepaskan anjing tersepit.
Baca dalam pautan dibawah..
http://bit.ly/134iAsP
Bukanlah ada apa apa pun, Sangkakala rasa terpanggil untuk menghentam sesiapa sahaja yang membiarkan nasib nasib blogger yang agak terpinggir selepas pilihanraya yang lalu.
Tapi rupa rupanya masih ada seperti yang braderjai katakan melepaskan anjing tersepit, apa apa pun biarlah mereka ibarat siluncai terjun dengan labu labunya, sebab bagi Sangkakala, bukan hanya seseorang yang Sangkakala rasa perlu Sangkakala bela, tetapi mungkin ada yang berkumpulan.
Dan seperti biasa, dalam setandan pisang bukan semuanya busuk dan dalam telur sesangkak tak semua menetas menjadi anak ayam, ada yang jadi tembelang yang membusuk disitu.
Tapi siapa yang peduli? Sangkakala pun tak peduli, yang penting, ada daripada rakan rakan Sangkakala ang telah diberikan sedikit perhatian, cuma jangan kerana telur tembelang ni akan merosakkan semua telur telur yang lain.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan