Isnin, 15 Julai 2013

#KualaBesut BAIAH PAS SECARA TERBUKA BUKAN PERKARA BIASA

Baiah secara terbuka bukanlah perkara biasa seperti mana yang dikatakan oleh ADUN Chukai, Hanafiah Mat. Bagi Sangkakala ianya tidak pernah dilakukan dalam mana mana pilihanraya sama ada umum ataupun pilihanraya kecil di seluruh negara.

Tapi jika ianya dikatakan adalah perkara biasa ada juga kemungkinannya kerana PAS sememangnya akan mempergunakan segala bentuk perkara yang bercanggah dengan pemikiran manusia, Cuba kita bayangkan untuk menjadi calon, mereka terpaksa untuk bersumpah seolah olah mereka ini tidak di percayai oleh kepimpinan mereka sendiri tentang kewibawaan mereka.

Sangkakala pernah menulis tentang baiah mereka ini tetapi setahu Sangkakala ianya tidaklah berbunyi sepertimana yang dilafazkan oleh Che Long dalam sumpah beliau di khalayak ramai baru baru ini, ini diberitahu sendiri oleh bekas ADUN Changkat Jong dalam Parlimen Teluk Intan.

Sangkakala sendiri diberitahu oleh Haji Anuar Sudin bahawa sumpah baiah mereka yang sebenarnya berbunyi jika mereka keluar ataupun lompat parti maka segala harta benda mereka adalah haram seumur hidup dan mereka akan menceraikan isteri mereka dengan talak tiga.

Bayangkan hanya untuk mendapatkan jawatan, mereka sanggup mempermainkan talak dan mereka seolah olah menidakkan apa yang dilakukan serta segala pengorbanan isteri mereka yang berkorban sepanjang masa bersama sama mereka.

Dalam Al-Quran juga Ada disebut bahawa Allah SWT berkata bahawa perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak dan bagi Sangkakala jika perkara yang paling dibenci oleh Allah pun dipermainkan oleh PAS adalah tidak mustahil sekiranya perkara perkara lain juga menjadi sama seperti itu.

Apakah PAS selama ini dan selama lamanya akan mempersendakan agama dalam mencapai cita cita mereka untuk mendapatkan jawatan, mereka ini juga bagi Sangkakala adalah kejam kerana sanggup untuk melafazkan taklik sedemikian terhadap orang yang sama sama berkorban dalam perjuangan mereka.