Selasa, 23 Julai 2013

#KualaBesut 16 16 !!! PAS CUBA MAINKAN SENTIMEN DAPAT SOKONGAN NGO

PAS nampaknya sudah mula memainkan isu mendapat sokongan dari NGO NGO besar kononnya mereka juga bersetuju dengan keadaan 16 16 walaupun pada hakikatnya NGO NGO yang dikatakan oleh PAS tersebut menyokong kerajaan Barisan nasional untuk memperolehi kemenangan dalam pilihanraya kecil Kuala Besut yang akan berlangsung esok.


Mereka cuba memainkan isu dimana beberapa NGO seperti PERKASA, GPMS, MAJLIS BELIA MALAYSIA dan PEKIDA kononnya menyokong usaha mereka kearah perkongsian pemerintahan dalam negeri Terengganu.

Tapi perlu diingat akan bahaya yang bakal melanda rakyat negeri Terengganu dimana kerajaan tidak mampu untuk membuat keputusan dan apa yang lebih pasti semua cadangan dari pihak kerajaan tidak akan dapat dilaksanakan kerana keputusan tidak dapat dibuat.


Dengan mengekalkan kerajaan Barisan Nasional di Kuala Besut, segala perancangan yang telah dibuat di kawasan tersebut serta negeri Terengganu sudah pasti akan dapat dilaksanakan seperti contoh kerajaan Barisan Nasional telah merancang untuk menjadikan Kuala Besut sebagai gerbang antarabangsa dengan kunikan yang ada di Pulau Perhentian.

Jika perancangan ini berjaya dilaksanakan sudah pasti akan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat di Kuala Besut dengan peningkatan kedatangan para pelancong untuk pergi ke Pulau Perhentian.

Tapi jika kerajaan campuran berlaku di negeri Terengganu, dimana Barisan Nasional dan pakatan pembangkang mempunyai kerusi sama rata di ddidalam Dewan Undangan Negeri sudah pasti akan ada bangkangan untuk melaksanakan setiap perancangan tersebut dan pembangkang akan mengambil kesempatan dengan mengatakan bahawa kerajaan tidak mampu untuk membuat keputusan dan memajukan negeri Terengganu kerana setiap apa yang diperdebatkan dalam sidang DUN tidak diketahui oleh rakyat terutamanya masyarakat atau penduduk di bahagian pedalaman.

Ini tidak akan menguntungkan rakyat negeri Terengganu dimana akan jadi saru masa nanti rakyat Terengganu akan tersalah memilih kerajaan hanya kerana fitnah sepertimana terjadi dalam pilihanraya umum ke 11 yang lalu, tidak ada pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan PAS tetapi mereka asyik menyalahkan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional walaupun pada ketika itu mereka adalah pemerintah.