Ahad, 14 Julai 2013

#PRKKualaBesut BESARNYA RUMAH NI !!! SIAPA YANG PUNYA ???


Biar betul sikit ni..maklumat yang Sangkakala dapat kata rumah ni  calon di PRK Kuala Besut yang punya. .tapi bukan calon UMNO ok..calon PAS yang punya...itu maklumat yang Sangkakala terima la..tak tau le betul ke tidak.

Tapi Sangkakala setuju juga dengan apa yang rakan blogger Sangkakala sebutkan tentang tak perlu ambil elaun ADUN kalau dah ada rumah sebesar ini..tapi taklah sampai kata nak upah orang untuk jaga kebajikan rakyat.

Baca cerita menarik pasal rumah ni DISINI.

Apa yang menarik yang Sangkakala ingin kongsikan bersama disini ialah..ada ura ura  yang mengatakan bahawa Che Long adalah funder kepada PAS Kuala Terengganu selama ni..kalau betul macam tu memang kaya la calon PAS ni.

Tapi mampu ke dia untuk meneruskan agenda perjuangan untuk rakyat di seluruh Kuala Besut kalau dah dalam kepala asyik ingat nak berniaga dengan lesen kontraktor kelas A yang dia ada?

Dalam video yang heboh diperkatakan sekarang ni pun dah jelas menunjukkan bahawa calon PAS ini pernah berkata bahawa beliau akan memberikan gaji atau elaun sebagai ADUN kepada orang lain untuk menguruskan rakyat di kawasan Kuala Besut dan dia akan teruskan perniagaan.

Kalau dah ada niat macam tu..buat apa bertanding? Kan elok letak orang yang nak di upah tu je untuk jadi calon..kepala pun tak sakit..tapi mungkin juga dia ni fikir kalau menang PAS ada peluang untuk menjadi kerajaan dan sudah pasti dia ni akan buat duit dalam setiap projek yang ada..kalau sekarang mungkin perlu masuk tender segala bagai baru boleh dapat.

Mentaliti peniaga tetap akan berniaga dan apa juga yang dilakukan akan ada hubungkait dengan perniagaan..jangan sampai rakyat Kuala Besut dijadikan bahan jualan sudah la. Kebajikan rakyat Kuala Besut perlu diambil kira dan hanya Barisan Nasional yang dilihat mampu untuk melakukan tugas tersebut.

Selama ni pun banyak bantuan yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada penduduk Kuala Besut demi untuk meningkatkan taraf hidup mereka semua..tidak kira apa juga peringkat umur sudah pasti akan diberikan bantuan sewajarnya jika ada sebarang masalah.