Husam Musa mungkin sudah terlalu terdesak hingga menghantar risalah melalui email kepada para pengikutnya dengan mengatakan bahawa calon yang diletakkan di Kuala Besut adalah orang yang membantu beliau semasa bertansing di Putrajaya untuk mencabar Datuk Seri Tengku Adnan dalam pilihanraya lepas.
Husam juga mengatakan bahawa atas kerana itu juga beliau bersama sama Dr Hatta bercadang dan menawarkan diri kepada kepimpinan PAS pusat untuk menjadi pengarah jentera pilihanraya kecil DUN Kuala Besut hingga mengenepikan semua peringkat kepimpinan di kawasan tersebut.
Mungkin juga Husam mempunyai agenda lain selain dari memastikan kemenangan kepada Che Long, ada kemungkinan ianya berunsur perniagaan serta kewangan dimana sekarang Husam bukan lagi merupakan EXCO kerajaan negeri Kelabtan walaupun memenangi kerusi DUN di negeei tersebut.
Mungkin jika dengan kemenangan Che Long beliau mengharapkan agar Che Long akan dapat terus berniaga di kelantan sepertimana yang berlaku sekarang dan beliau boleh menumpang nasib disitu.
Tapi adakah ianya berbaloi untuk rakyat di Kuala Besut? Kepentingan Husam jelas nyata di sini kerana Husam beriya iya untuk memberikan kemenangan kepada Che Long dan ada juga kemungkinan sekiranya Che Long menang maka Che Long akan menjadi funder terbesar Husam bagi menghadapi pertandingan di peeingkat parti dan ada juga desas desus yang mengatakan bahawa Husam berminat untuk bertanding sebagai Timbalan presiden dan mencabar Mat Sabu.
Tapi adakah semua itu menguntungkan rakyat di Kuala Besut? Sudah pasti ianya juga tidak dan apa yang lebih pasti ialah ada agenda besar akan berlaku sekiranya Che Long menang di Kuala Besut.