Ahad, 14 Julai 2013

GUAN ENG BUAT LAWAK BODOH !!! BUANG RM 60 RIBU SECARA SIA SIA

Nampak sangat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ni kurang sikit akalnya..mana ada burung kenyalang duduk atas air..kalau itik tu mungkin le ada logiknya..ini takbpasal pasal RM 60 ribu terbang sebab nak tunjukkan kebodohan beliau.


Apa yang pastinya duit sebanyak RM 60 ribu tu adalah duit rakyat Pulau Pinang yang digunakan untuk membuat replika patung tersebut dan diletakkan di tengah tengah air untuk tatapan umum.

Tiada kena mengena Sangkakala tengok replika burung tersebut dengan Pulau Pinang sebab kita semua tahu bahawa negeri yang menggunakan simbol burung kenyalang ini adalah negeri Sarawak..jadi apa kena mengena dengan Pulau Pinang? 

Lagi satu Sangkakala dengar ramai yang mengatakan bahawa kehadiran replika tersebut menunjukkan bahawa kerajaan Pulau Pinang tidak mengikuti apa yang diwarwarkan oleh mereka sebelum ini iaitu dasar hijau Pulau Pinang yang menharamkan penggunaan plastik..tapi patung tersebut menggunakan gentian plastik iaitu pvc.

Agaknya Guan Eng dah tak tau kemana duit rakyat Pulau Pinang nak diLEBURkan itu sebab la buat patung tersebut dan diletakkan disitu sehingga 31 Ogos nanti tanpa ada sebarang tanda simbolik kehadiran patung kenyalang tersebut.