Isnin, 15 Julai 2013

#KualaBesut JANGAN BENARKAN PERKARA INI BERULANG

Penduduk serta rakyat sekitar Besut sudah pasti masih lagi ingat akan beberapa kejadian diantaranya kejadian sembahyang yang dilakukan oleh dua imam.

Buka pautan dibawah untuk maklumat lanjut..

http://bit.ly/18evaal

Peristiwa yang berlaku dalam tahun 80an itu jelas menunjukkan bahawa PAS telah membawa kepada perpecahan serta perpaduan dikalangan umat Islam dikawasan ini.

Mahukah kita terus melihat perkara ini terjadi? Semua ini berpunca daripada kegilaan PAS yang mengatakan bahawa orang UMNO itu kafir dan mereka menolak perpaduan sesama Islam kerana fahaman tersebut.

Ini semua berpunca daripada amanat haji Hadi yang membawa kepada perpecahan yang amat buruk pada ketika itu.

Ada disesetengah kawasan, akibat dari ketaksuban mereka terhadap amanat haji Hadi hingga sanggup untuk menganggap saudara sebagai bukan saudara, ada yang menafikan ibu bapa sebagai ibu bapa mereka dan tidak kurang juga dengan penceraian suami isteri akibat dari perbezaan fahaman politik.

Namun begitu, orang yang bertanggungjawab tentang perkara ini masih tidak lagi mengakui bahawa itu adalah kesilapan mereka dan mereka masih lagi menunding jari menyalahkan kerajaan walaupun secara terang terangan mereka adalah punca segala kejadian.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone