Selasa, 30 Julai 2013

DAP TIDAK LAGI DIPERCAYAI OLEH AHLI SENDIRI


Nampak gayanya ahli DAP sudah tidak lagi sabar dengan pemimpin parti tersebut yangbdikatakan sudah mula mengakui bahawa mereka menyeleweng yang membabitkan 547 ahli semasa pemilihan parti tersebut pada tahun lepas.

Rata rata mereka mahukan pemilihan semula diadakan kerana tidak mahu parti DAP dibubarkan oleh ROS yang akan mengambil tindakan mengharamkan parti tersebut.

Tapi mahu ke pemimpin DAP mengadakan semula pemilihan sedangkan sudah pasti ramai dikalangan pemimpin parti tersebut akan kecundang dintangan pengikut mereka sendiri apatah lagi ramai yang sudah mula tidak berpuas hati dengan mereka?

Parti campuran keluarga Lim, Karpal dan beberapa pemimpin lain sudah pasti akan menerima tamparan hebat jika mereka mengadakan pemilihan semula ekoran dari kemarahan anggota parti yang merasakan mereka kini sudah tertipu oleh pemimpin mereka sendiri tambahan lagi apabila seorang rakan Kit Siang telah mendedahkan penipuan dalam pemilihan tersebut melalui buku beliau The Equity Report.

Pendedahan ini dilihat sebagai satu yang amat menyukarkan pemimpin DAP untuk menepis segala apa yang telah berlaku terrmasuk penipuan dalam pemilihan tersebut.

Jadi sekarang Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal dan pemimpin parti tersebut harus menerima pembalasan dari ahli DAP atas apa yang telah mereka lakukan selama ini.