vs
Semalam Karpal Singh telah membuat satu laporan polis tentang Timbalan Menteri Pertanian yang dikatakan telah mengeluarkan kenyataan dalam satu ceramah di Kuala Besut yanh mana Timbalan Menteri tersebut mengatakan bahawa Karpal akan menjadi presiden Malaysia yang pertama jika pakatan pembangkang menjadi pemerintah.
Tapi kenapa pulak Karpal nak melompat kalau perkara tersebut tidak benar? Lagi pun ianya hanyalah secara rambang bukannya secara rasmi.
Semua orang tahu bahawa pakatan pembangkang walaupun diketuai oleh Anwar didalam parlimen tetapi dikuasai oleh DAP didalam setiap perlakuan mereka.
Jadi adalah tidak mustahil sekiranya perkara tersebut berlaku dan kemungkinan untuj berlakunya perkara tersebut adalah amat tinggi.
Sewaktu PAS mengatakan bahawa mereka akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, orang pertama yang menyanggah kenyataan tersebut adalah Karpal hingga mengeluarkan kenyataan 'langkah mayat beliau dahulu' sekiranya PAS bercita cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.
Ini membuktikan bahawa tenaga yang ada dalam DAP lebih kuat berbanding dengan PAS atau PKR yang mana semua keputusan yang mereka lakukan perlu melalui kelulusan dari DAP.
Jadi kata kata yang keluar bahawasanya undi PAS adalah undi DAP nampaknya adalah benar kerana hanya rupa luaran sahaja PAS tapi isi dalam semuanya DAP.
sila klik like dalam page facebook PRK Kuala Besut dengan melayari pautan ini https://www.facebook.com/1kualabesut