Sabtu, 20 Julai 2013

#KualaBesut PROSES UNDIAN AWAL TIDAK TERLEPAS DARI GANGGUAN



Hari ini proses pengundian awal untuk para pengundi yang terdiri dari anggota tentera dan polis di Kuala Besut dijalankan.

Mengikut daripada apa yang dilihat, rata rata pengundi dari kalangan tentera keluar mengundi awal pagi tadi walaupun ada unsur provikasi telah dilakukan oleh beberapa orang muslimah PAS di pintu masuk kem TUDM Gong Kedak.


Dalam pilihanraya kali ini..pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih lagi menggunakan dakwat kekal seperti yang pernah di cadangkan oleh pembangkang didalam parlimen sebelum pilihanraya umum yang lalu dan ianya dipertikai kerana dikatakan gagal untuk kekal lama.

Daripada pemantauan wakil media yangbpergibke kem Gong Kedak pada hari ini mendapati jari para pengundi telah dicelupkan kedalam bekas dakwat dan dakwat yang digunakan didapati tidak hilang walaupun telah dicuci berulang jali (video akan menyusul).


Mengikut laporan yang diterima dari wakil media di kawasan pengundian..dakwat kekal yang digunakan kali ini agak pelik sedikit kerana semakin dicuci dengan air ianya menjadi semakin gelap dan tidak mampu ditanggalkan dengan air.

Jadi harap harap lepas ni takde lagi la yang nak mengatakan dakwat tak kekal dan sebagainya sebab sebagai rakyat Malaysia..kita perlulah jujur dan pihak kerajaan serta pembangkang..kejujuran rakyat dalam pengundian perlu diambil kira.

Calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan juga adilihat berada di tempat pembuangan undi di kem TUDM Gong Kedak.





sila klik like dalam page facebook PRK Kuala Besut dengan melayari pautan ini https://www.facebook.com/1kualabesut