Jumaat, 26 Julai 2013

JANGAN PELUK TUBUH TUNGGU DAN LIHAT


"Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya," luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor.

Sedangkan menurut Mohamad Nasir beliau telah bekerja bertungkus-lumus untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser.


Dari apa yang dapat kita baca seperti diatas..Sangkakala nampak guru ini dianiaya hanya kerana politik..yelah apabila seorang guru besar beriya iya menyokong UMNO jadi sudah pasti ada yang merah mata tak puas hati.

Dan apa yang penting sekarang..guru ini sedang menghadapi tekanan dan pelbagai ugutan telah dihantar kepada beliau dan apa pula tindakan dari orang orang UMNO? 

Kerajaan perlu melakukan sesuatu agar perkara ini tidak lagi berlaku dimasa hadapan..fitnah ini boleh dianggap berat kerana kerana ianya dilihat sebagai rasis yang melampau walaupun perkara tersebut tidak seperti yang digambarkan.

Bagi Sangkakala..orang yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pebgadilan dan kerajaan jangan hanya mengambil tindakan tunggu dan lihat kerana takut nanah menjadi barah.