Selasa, 2 Julai 2013

@NajibRazak MAMPU BELI JAM TAPI TAK MAMPU TOLONG PEJUANG

Sangkakala tertarik dengan penulisan blogger Aku Peduli Apa tentang pemimpin yang sanggup membeli jam hingga berharga puluhan ribu malah ratusan ribu untuk dipakai di tangan kiri walaupun tangan kanan yang melakukan kerja seharian. (Kecuali kidal)

Tapi apa yang menjadi kekecewaan pula ialah, seorang pejuang yang ditimpa musibah dalam usaha beliau membantu kerajaan bagi mengekalkan kuasa dan seterusnya memerintah.

Pejuang yang Sangkakala maksudkan ialah Dr Novandri atau nama blognya MIM yang terlibat dalam kemalangan tidak berapa lama dahulu hingga mengakibatkan kecacatan sementara pada tangan beliau.

Tapi kecacatan tersebut boleh menjadi kekal sekiranya tidak dilakukan pembedahan pada awal kejadian dan dimana pemimpin pemimpin yang pernah dibantu oleh Dr Novandri mengekalkan jawatan mereka sewaktu beliau masih sihat?

Semua hilang senyap dan sunyi seolah olah tiada langsung jasa yang dicurahkan oleh Dr Novandri kepada mereka.

Tetapi mereka (pemimpin) ini sanggup membeli jam tangan yang berharga beribu ribu ringgit demi menunjukkan gaya mutu dan keunggulan mereka sebagai pemimpin.

Pada awal kemalangan tersebut, Dr Novandri memerlukan wang sebanyak RM 50 ribu untuk menjalani pembedahan dan Unit Media Baru yang diwakili oleh Tun Faisal dan saudara Razlan telah tampil untuk memberikan bantuan sebanyak RM 20 ribu ringgit disamping wang insurans isteri beliau yang berjumlah RM 30 ribu ringgit

Dan 2 hari selepas itu, wakil Timbalan Perdana Menteri datang untuk menyampaikan bantuan diikuti pula dengan ketua pemuda UMNO Malaysia saudara Khairy Jamaluddin datang untuk menyampaikan bantuan.

Menurut sumber dari blog APA juga, PapaGomo turut sama memberikan sumbangan berjumlah RM 1 ribu kepada Dr Novandri dan Perdana Menteri telah menggunakan wang gaji beliau untuk memberikan sumbangan kepada beliau.

Baca seterusnya dibawah
http://bit.ly/1b50kDh

Persoalannya, dimana naib naib presiden UMNO dan dimana pula ahli ahli majlis tertinggi UMNO Malaysia yang selama ini dibantu oleh Dr Novandri tidak kira secara langsung atau tidak langsung?

Jika seorang naib presiden membantu atau menyalurkan sumbangan sebanyak RM 5 ribu, ianya sudah berjumlah RM 15 ribu dan jika seorang ahli majlis tertinggi membantu sebanyak RM 3 ribu, ianya sudah mencukupi.

Tapi kini Dr Novandri terpaksa berulang alik dengan menggunakan wang sendiri dan beliau kini masih lagi menjalani pemeriksaan atau rawatan susulan di Kuala Lumpur, dan para pemimpin UMNO masih boleh bergelak ketawa bersukaria sedangkan nasib rakan blogger kami dipersia siakan.

Sangkakala nak bagi tau satu perkara, jangan kami para blogger yang selama ini menggunakan penulisan kami untuk membantu pemimpin, tapi apabila rakan kami dipersia siakan, kami akan gunakan pula kuasa penulisan kami untuk menghentak anda semua sampai 7 kaki dalam.

Seperti Sangkakala pernah katakan dalam sebuah artikel dulu, perlu diingat di bawah sekali bahagian artikel ini ada tertulis powered by blogger walaupun platform yang kami gunakan dimiliki oleh blogspot tetapi kuasa dimiliki oleh blogger.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: