Khamis, 11 Julai 2013

MAHKAMAH KELIRU ATAU POLIS TAK TAU UNDANG UNDANG ???

Kita dapat lihat kini bahawa banyak kali penangkapan demi penangkapan dilakukan terhadap mereka yang didapati melanggar undang undang negara..tetapi apa yang menggusarkan kita pada hari ini ialah..para pesalah ini akhirnya dibebaskan dan penangkapan tersebut pula didapati bersalah disisi undang undang.

Tapi kenapa semua ni jadi? Penguatkuasa sudah seolah olah kehilangan punca apabila penangkapan mereka adalah salah disisi undang undang..jadi undang undang bagaimana atau undang undang mana pula yang pihak penguatkuasa gunapakai selama ini. 

Sangkakala lihat jika perkara ini tidak dibendung..satu gejala tidak mendakwa pesalah akan berlaku di mahkamah mahkamah di Malaysia dan apa yang lebih membimbangkan lagi bila undang undang sedia ada di negara ini akan dipertikai penguatkuasaannya kerana pendakwaan selalunya akan disangkal.

Inijuga bermakna..undang undang boleh dipermain mainkan dan boleh diperkotak katikkan pada bila bila masa.

Sangkakala menceritakan semua yang tertulis diatas apabila mahkamah membebaskan 5 orang ang kononnya sebagai aktivis tetapi apa yang menjadi tanda soal ialah..mahkamah melepaskan kelima lima orang dari pakatan pembangkang dan mengatakan bahawa penahanan tersebut salah disisi undang undang.

Mungkin tidak lama lagi kita akan menyaksikan pula polis yang menaham penjenayah akan dipenjarakan dan penjenayah tersebut dibebaskan tanpa  syarat.