Masalahnya sekarang, agak agak selepas ni siapa pulak nak jadi Perdana Menteri?
Atau adakah nanti bila sudah ada Presiden yang baru, yang mengikut kehendak orang orang seperti diatas masalah ini akan selesai?
Adakah nanti jika ada Presiden yang baru, tidak akan timbul perkara sebegini?
Atau akan ada pula suara yang mengatakan bahawa Presiden baru lebih teruk daripada yang sedia ada?
Sangkakala mengatakan bahawa perkara ini akan berulang dan bagi Sangkakala dengan menukar pucuk pimpinan tidak akan mengubah apa apa situasi sekarang.
Sangkakala juga bersetuju jika jawatan Presiden itu dipertandingkan dan biarkan akar umbi membuat pilihan mereka.
Tapi dalam membuat pilihan, Sangkakala menasihatkan mereka yang layak untuk memilih supaya membuat pilihan yang tepat supaya kesinambungan UMNO dapat diteruskan.