Tapi kita semua perlu ingat bahawa setiap rumah Allah adalah tempat untuk beribadat dan bukanlah tempat untuk memberikan ceramah politik duniawi.
Klik sini |
Perlu diambil kira tujuan sebenar pembinaan sebuah masjid adalah untuk umat Islam beribadah serta menjalankan kerja kerja dakwah untuk memantapkan agama Islam dan bukannya tempat untuk kita berceramah tentang politik.
Mungkin PAS berfikiran bahawa rumah Allah itu boleh digunakan sewenang wenangnya untuk kepentingan sesebuah parti politik atau individu mencari kuasa.
Jika ini berterusan..adalah tidak mustahil sepertimana yang biasa terjadi dimana pemimpin pemimpin parti sekongkolan mereka seperti DAP yang sudah pasti bukan Islam menggunakan masjid untuk kepentingan mereka.
Dan pernah juga terjadi dimana mereka ini masuk hingga ke hadapan mimbar untuk bercakap tentang politik dengan tidak menutup aurat dan sudah pastilah kesucian diri mereka daripada hadas adalah tidak terpelihara.
Adakah perlakuan ini perlu diteruskan juga di kawasan Kuala Besut? Tepuk dada tanya iman.