Hairan betul Sangkakala dengan kenyataan orang yang melaungkan bahawa dia mengagungkan Islam tapi tak mau penyatuan dalam islam.
Nik Aziz kini sudah menunjukkan siapa dia yang sebenar, kalau nak dikatakan nyanyuk pun mungkin juga tapi takkan nyanyuk pun masih lagi orang PAS nak angkat sebagai pemimpin?
Nik Aziz mengeluarkan kenyataan dalam Harakah, yang mana selagi dia hidup PAS dan UMNO tidak akan bersatu, boleh ke keluarkan kenyataan macam tu sedangkan kedua duanya adalah parti yang berteraskan agama.
Nik Aziz sedar atau tidak apa yang dia cakap ni? Atau dia memang terlalu bencikan UMNO hingga menolak sesuatu yang di tuntut dalam Islam iaitu perpaduan dalam mengikat tali silaturahim.
Nik Aziz jelas adalah pemecah belah diantara orang orang Melayu dan Islam kerana mengeluarkan kenyataan kenyataan songsang beliau yang mengelirukan.
Orang yang sebegini tidak lagi layak dipanggil sebagai pemimpin dalam agama kerana taksub dengan politik hingga membuatkan keakraban orang orang melayu berpecah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan