Tapi dalam laman laman blog tersebut Sangkakala lihat mereka menghentam Datuk Ahmad Maslan yang dikatakan telah membawa jentera maya dari luar negeri Terengganu.
Betulke macam tu? Cuba kita baca DISINI
Ini diikuti pula dengan blog yang dimiliki oleh anak Terengganu sendiri iaitu Din Turtle yang dilihat agak kecewa kerana seolah olah dipinggirkanbdi negeri sendiri.
Baca DISINI
Apa dah jadi ni? Apakah peranan blogger tempatan tidak lagi diperlukan dalam membantu kempen pilihanraya kecil kali ini?
Harapan Sangkakala perkara ini tidak berlaku dan kepada Ahmad Maslan jangan nanti bila ada pilihanraya yang lain, para penggiat media ini tidak lagi mahu memberikan khidmat mereka kepada Barisan Nasional dan apa yang merisaukan nanti penggiat penggiat media ini akan beralih arah kerana merasakan diri mereka tidak lagi dihargai oleh kepimpinan.