Jumaat, 19 Julai 2013

#KualaBesut CALON PAS TAK KELUAR SUARA SEBAB DIHALANG

Nampak gayanya para pengundi di Kuala Besut akan menerima seorang ADUN yang menjadi pak turut dalam kepimpinan jika memilih Che Long sebagai wakil rakyat.

Belum apa apa lagi Che Long sudah tidak diberikan peluang untuk berkata kata kerana tidak diyakini oleh kepimpinan PAS negeri Terengganu.

Apakah nasib rakyat negeri Terengganu khususnya para pengundi di Kuala Besut jika menerima seorang wakil rakyat yang tidak ubah seperti lembu dicucuk hidung yang hanya menuruti kehendak tuannya.

Begitulah yang terjadi kepada Che Long sekarang hinggakan malam ini beliau ada bersama sama dengan Nik Aziz tidak diberikan peluang untuk berucap.

Jika perkara sebegini berlarutan, apa akan jadi dengan nasib rakyat di kawasan Kuala Besut?



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone