Jumaat, 5 Julai 2013

KERAJAAN SELANGOR TIPU RAKYAT TENTANG BELANJAWAN BERIMBANG

Tembelang kerajaan Selangor berhubung pengurusan kewangan didedahkan dalam mesyuarat DUN pada Khamis. Ini berikutan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat itu selalu dok gebang konon mereka setiap tahun bentang belanjawan berimbang sedangkan diam-diam mereka mohon perbelanjaan tambahan setiap tahun sejak 2009.

ADUN BN Permatang berkata walaupun kerajaan negeri membentangkan belanjawan berimbang untuk tahun 2009, 2010, 2011, 2012 tetapi lazimnya pada persidangan dewan tahun berkenaan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon perbelanjaan tambahan bagi menampung kos operasi yang meningkat.

Beliau berkata permohonan perbelanjaan tambahan pada kali ini begitu besar jumlahnya iaitu RM761.44 juta atau defisit sebanyak 47 peratus daripada Belanjawan Berimbang 2013 berjumlah RM1.63 bilion yang dibentangkan pada November tahun lepas.

Baca selebihnya dalam pautan dibawah
http://bit.ly/1a5Sb3k



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: