Rabu, 17 Julai 2013
AZEEZ RAHIM BUAT HAL APA LAGI NI ???
Walaupun diletakkan sebagai Pengerusi Tabung Haji dan menerima hentaman serta kritikan berhubung perlantikan tersebut, nampaknya Datuk Azeez Rahim tidak berhenti melakukan kerja kebajikan.
Siang tadi di KLIA, Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) telah membawa pulang Pn. Nuridayu Bt Abdul Aziz yang telah dilarikan secara haram ke Surabaya, Indonesia.
Pnm Nuridayu yang berasal dari Felda Bukit Sagu 2 dilaporkan hilang pada 22 Jun yang lalu dan dipercayai dilarikan oleh seorang warga Indonesia dan di bawa ke Jawa Timur secara haram.
Mangsa juga dikatakan telah dipindahkan ke beberapa tempat antaranya di Pansuran dan kemudian ke Rambipuji dalam daerah Jember yang terletak kira kira 6 jam perjalanan dari Surabaya.
Dalam sidang media yang dilakukan oleh Datuk Azeez siang tadi, beliau mengatakan bahawa mangsa seolah olah dipukau kerana tidak mengingati apa apa sepanjang perjalanan mangsa ke Indonesia.
Kita dapat lihat disini, walau pun telah dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji, namun tugas atau perkara yang sudah menjadi kebiasaan dalam hidup Azeez tidak dapat dihalang dan ini adalah satu kebanggaan buat rakyat Malaysia.
Bukan Sangkakala cuba memuji, tapi itu adalah hakikat dan Sangkakala amat berharap akan dapat mengikuti mana mana operasi yang dilakukan oleh Kelab Putera supaya apa yang berlaku insyaallah akan dapat dilaporkan dengan seberapa segera.
Tahniah lagi sekali buat Datuk Azeez dan moga moga kebiasaan ini akan diteruskan dimasa akan datang.