Khamis, 4 Julai 2013

NEGARA ISLAM BAGAIMANA LAGI PAS MAHUKAN ???

Sangkakala malam tadi berbual bual bersama beberapa orang rakan di sebuah restoran mamak, dalam perbualan tersebut, ada kami sentuh sedikit tentang negara Islam bagaimana yang dikehendaki oleh PAS yang selama ini menyalak seolah olah mengatakan bahawa negara Malaysia bukanlah sebuah negara Islam.

Dalam perbualan tersebut, rakan Sangkakala telah mengatakan bahawa PAS seolah olah tidak faham dengan agama Islam dan hanya mempolitikkan perkara tentang agama Islam ini untuk memperolehi kuasa dan menjadi kerajaan walaupun kini PAS dilihat tidak mampu berbuat begitu dengan terjerumusnya mereka ke dalam kumpulan pakatan pembangkang yang dikuasai oleh DAP dan di tadbir oleh PKR.

Rakan Sangkakala mengatakan bahawa dalam Islam, kita mempunyai rukun iaitu Rukun Islam dan ianya ada 5 perkara, Sangkakala rasa semua umat Islam dalam dunia tahu akan perkara tersebut termasuklah puak puak PAS dan rukun ini sebenarnya adalah pegangan untuk semua umat islam di muka bumi ini.

Beliau menghuraikan satu persatu rukun tersebut kepada kami semua dimana, Rukun Islam yang pertama adalah mengucap dua Kalimah Syahadah.


Di Malaysia menurut beliau, tidak ada lagi yang mati dibunuh atau dipukul oleh mana mana pihak sekiranya mereka mengucap dua kalimah syahadah, malah mereka yang baru sahaja mengucap kalimah syahadah ini akan diberikan bantuan dan sumbangan untuk memberikan semangat kepada mereka, bukankah itu menunjukkan kerajaan negara ini mengambil berat tentang agama Islam?

Rukun Islam yang kedua pula ialah, menunaikan solat !!! Adakah di Malaysia ini pernah terjadi seorang Islam itu mati dibunuh atau dipukul jika melakukan solat, dan berapa banyak surau serta masjid didirikan oleh kerajaan untuk memberi kemudahan bersolat kepada rakyat? Bahkan di sepanjang laluan lebuhraya juga disediakan ruang untuk mereka yang beragama Islam menunaikan solat tanpa gangguan dari mana mana pihak.



Rukun Islam yang ketiga pula ialah puasa !!! Adakah sesiapa di Malaysia ini yang dibunuh atau dipukul kerana berpuasa? Malah kerajaan menetapkan undang undang menghukum mereka yang tidak berpuasa atau makan di khalayak ramai, adakah itu menunjukan kerajaan membiarkan mereka ini makan dikhalayak ramai sewaktu bulan ramadhan?


Rukun Islam yang keempat pula ialah zakat !!! Kerana ingin menggalakkan rakyat Malaysia yang beragama Islam mengeluarkan zakat, kerajaan telah mengambil pendekatan bahawa setiap pembayar zakat dilepaskan daripada cukai pendapatan, dan ini bermakna kerajaan juga mengambil berat tentang mengeluarkan zakat oleh orang orang Islam di negara ini.



Dan yang terakhir sekali ialah, menunaikan fardhu haji !!! Di Malaysia kita mempunyai Tabung Haji dan ianya diiktiraf oleh dunia sebagai sebuah ejen kerajaan yang terbaik didunia dalam menguruskan hal untuk menunaikan fardhu haji ke Mekah, adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak ambil pusing tentang mereka yang ingin menunaikan fardhu haji?




Dengan tertunai semua rukun Islam diatas, jelas membuktikan bahawa kerajaan bukan sahaja menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan begai sesebuah negara, tetapi kerajaan Barisan Nasional juga membuktikan bahawa segala kemudahan telah diberikan untuk melaksanakan kelima lima rukun Islam tersebut.

Jika rakyat sendiri tidak menggunakan kemudahan yang ada itu, maka ianya bukanlah salah pihak kerajaan kerana bagi Sangkakala, kerajaan boleh diibaratkan sebagai ibu bapa yang memberikan perlindungan serta bantuan, tetapi jika seorang anak tidak mahu atau tidak memerlukan perlindungan serta bantuan tersebut, ianya bukanlah lagi salah kepada ibu bapa tersebut.