Sangkakala telah dihubungi oleh seorang rakan blogger sebentar tadi yang mengatakan bahawa negeri Selangor, Kelantan dan Penang perlu perbetulkan negeri masing masing terlebih dahulu.
Ini berikutan pemilihan UMNO Malaysia yang akan berlangsung pada bulan 12 nanti yang mana ramai dikalangan pemimpin UMNO peringkat bahagian dan negeri sudah mula mengintai ruang dan peluang untuk bertanding.
Sangkakala setuju juga dengan apa yang dikatakan oleh rakan blogger Sangkakala ni, pemimpin ketiga tiga negeri tersebut diharap janganlah nak bertanding di peringkat kebangsaan tetapi perlu menumpukan perhatian terlebih dahulu kepada negeri masing masing.
Agak memalukan juga sekiranya menang sebagai Ahli Majlis tertinggi namun negeri sendiri kalah di tangan pembangkang dan Sangkakala lihat tidak ada gunanya kalau situasi itu berlaku.
Jadi kepada pemimpin ketiga tiga negeri tersebut, kalau nak bertanding pun biarlah di bahagian masing masing dan janganlah cuba cuba mencuri pandang kepada jawatan di peringkat kebangsaan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan