Sabtu, 27 Julai 2013

KEADAAN DALAM PENJARA BOLEH TAHAN !!! BUKTI BLOGGER PORNO BELUM INSAF


Elok je lepas keluar dari penjara dengan ikat jamin sebanyak RM 30 ribu, si Alvin kata keadaan dalam penjara 'BOLEH TAHAN', macam takde langsung perasaan bersalah atau insaf dalam diri blogger porno ni.

Yang Peguam Negara pulak, mula mula kata tak boleh jamin, lepas tu dah boleh jamin pulak, itu pun dah nampak macam agama Islam ni boleh diperlakukan sesuka hati dan jika ianya dilakukan pun tindakan tegas tidak akan diambil.

Apa ada dengan jaminan RM 30 ribu sorang bagi dua ekor kera ni yang mana mereka ni dikatakan memang dari golongan anak orang berada dan bagi Sangkakala, ianya langsung tidak memberi kesan kepada mereka.


Adakah sikit hari lagi, rakyat Malaysia akan melihat bahawa lebih ramai yang lakukan seperti apa yang dibuat oleh 2 ekor kera ni terhadap agama Islam dan mereka ini akan dibebaskan dengan ikat jamin mengikut satu satu harga dan bagi Sangkakala, itu lah harga maruah sebuah agama.

Hakim mengatakan bahawa mereka berdua dikenakan dengan syarat ketat iaitu tidak boleh menggunakan sebarang peranti yang membolehkan mereka berdua mengakses laman sesawang termasuk telefon pintar dan passport antarabangsa mereka ditahan.

Ketat ke syarat tu? Sangkakala tak nampak dimana ketatnya syarat yang dikenakan, untuk mengakses laman sesawang, tidak kira laman sosial atau sebagainya, banyak cara yang boleh dilakukan dan untuk mengulangi perbuatan mereka ini, mereka boleh lakukan dengan pelbagai cara.

Sebagai contoh, akaun mereka berdua pernah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi namun mereka masih mampu untuk mengakses laman sesawang dengan cara membukan akaun baru, jadi itu ke yang dikatakan ketat.

Agak agak la kalau nak bercakap tu tuan Hakim, kalau nak bagi tau tentang syarat tu pada orang lain yang tak tau tentang media sosial itu mungkin cerita lain, tapi majoriti rakyat di Malaysia ni dah celik IT, jangan la pandang rakyat Malaysia ni macam masih duduk dalam tahun 60an dulu.

Kadang kadang bila dilihat secara mata kasar, undang undang Malaysia ni cukup bagus tapi bila dikaji semula, terlalu lembut pulak, dimana silapnya?

Bagi Sangkakala, kerajaan tidak sepatutnya terlalu berlembut hingga membuatkan ada sesetengah pihak sudak semakin berani melakukan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya menggunakan media sosial.

Sangkakala harap, jangan la sampai skrip dialog cerita musang berjanggut 'UNDANG UNDANG KITA YANG BIKIN, KATA DATUK NIKAH KAWIN' direalisasikan di zaman sekarang, kerana undang undang itu adalah daulat dan kalau ianya seolah olah tidak berfungsi, maka daulat negara ini juga akan pincang sama.


Tiada ulasan: