Ahad, 7 Julai 2013

SESAT SAMPAI TAFSIRKAN ALQURAN IKUT SUKA

Apa nak jadi dengan pengikut PAS yang kini dilihat semakin parah apabila mereka ini mentafsir AlQuran mengikut citarasa nereka sendiri dengan menambah itu dan ini..adakah ini yang diajar ikeh PAS kepada para pengikut mereka?


Acap kali para pengikut begitu juga pemimpin PAS mempersoalkan tentang tidakkah pengikut UMNO takut akan hukuman Tuhan? Tapi apabila dilihat semula dengan apa yang diucapkan oleh mereka (PAS)..persoalan itu boleh ditanyakan semula kepada mereka.

Mungkin bagi PAS apabila mereka menggelarkan bahawa mereka adalah parti Islam, maka segala galanya boleh dilakukan oleh mereka tanpa memikirkan apa akan jadi di kemudian hari.

Cuba bayangkan jika anak anak kecil yang tidak mengetahui apa apa dan kemudian membaca apa yang diperkatakan oleh macai PAS seperti yang tertera diatas, bukankah ianya nanti akan mengundang kekeliruan dalam agama.

Tidak ada dalam mana mana kitab agama Islam yang mengatakan tentang UMNO atau Barisan Nasional..tapi oleh kerana terlalu taksub dengan kepimpinan yang mengatakan bahawa mereka lebih Islam daripada Islam yang lain..maka wujudlah perkataan perkataan seperti diatas tanpa memikirkan dosa atau pahala.

Mungkin juga mereka ini sudah terbiasa apabila dikatakan mereka tidak akan menuju jalan ke neraka apabila mereka memeluk agama Islam PAS dan semua dosa mereka diampunkan oleh Allah dengan hanya berjumpa dengan Nik Aziz. 

Kesesatan PAS makin ketara kerana tidak ada seorang pun dikalangan pemimpin mereka yang pernah menegur pemimpin atau ahli akar umbi tentang kesilapan yang dilakukan dalam setiap kata bual bicara mereka.

Jika ini mentaliti yang digunapakai oleh PAS,  maka jika mereka memerintah sudah pasti akan berlaku sesuatu yang amat dahsyat tentang agama Islam di negara ini.