Kenapa Sangkakala kata Tony Phua ni bodoh tentang fakta? Ini kerana apabila Ordinan Darurat digunapakai maka banyak tangkapan dilakukan dan didakwa dimahkamah maka sudah pasti kesalahan tersebut dapat dikesan.
Tetapi apabila ordinan tersebut dimansuhkan maka kesalahan jenayah dibawah ordinan terbabit tidak dapat didakwa maka jenayah yang membabitkan kesalahan tersebut tidak dapat dikesan kerana tiada pendakwaan.
Takkan itu pun si Tony Phua ni tak boleh nak bezakan agaknya. Takkan terlalu singkat pemikiran seorang ahli parlimen atau sengaja nak mengatakan bahawa ordinan tersebut tidak perlu digunapakai kerana ada dikalangan pemimpin pembangkang biasanya melakukan kesalahan kesalahan di bawah ordinan darurat?
Ordinan Darurat perlu digunapakai untujmenjanjikan keselamatan serta kestabilan negara dimana tidak akan ada mana mana rakyat Malaysia yang berani untuk melanggar akta ordinan tersebut dan itu lebih menjamin keselamatan semua pihak.