Isnin, 1 Julai 2013

@NajibRazak AZEEZ RAHIM DIKATAKAN PENYAMUN ??? AGAK AGAK LA SIKIT !!!

Sangkakala terbaca dalam blog budakbenteng yang mengatakan bahawa perlantikan Datuk Azeez Rahim oleh Perdana Menteri sebagai Pengerusi Tabung Haji ibarat memberikan jawatan kepada penyamun.

Apa yang disamun oleh Azeez selama ni? Kita cuma boleh berkata kata tanpa fakta dan bukti yang kukuh..tapi daripada apa yang Sangkakala lihat, Azeez tidaklah seperti yang diperkatakan.

Kalau nak diikutkan khidmat beliau kepada masyarakat tidak terbalas rasanya, seperti yang pernah ditulis oleh blogger APA tentang khidmat beliau semasa krisis di Mesir satu masa dulu, berapa ramai yang sanggup pergi?

Baca disini http://bit.ly/1b1DcFI

Jadi kalau nak dibandingkan dengan pemimpin lain, Sangkakala rasa memanglah layak beliau ditempatkan disitu sebab komitmen yang ditunjukkan oleh beliau amat tinggi.

Tambahan pula, apabila beliau sudah pergi ke serata dunia, maka ramai pemimpin pemimpin dunia mengenali Azeez Rahim walaupun selama ini beliau bukanlah orang yang berjawatan menteri atau sebagainya.

Satu lagi faktor ialah, Azeez berjaya memperolehi kemenangan di kawasan beliau iaitu Baling dan secara tak langsung ini menambahkan kerusi yang dimenangi oleh UMNO dalam parlimen.

Azeez sama seperti pisang yang Sangkakala tulis dalam artikel sebelum ini, dan beliau bukanlah epal atau oren yang cantik tetapi mewah.

Baca disini http://bit.ly/1auwFED

Jadi biarlah pemimpin pisang ini yang menerajui Tabung Haji, tambahan pula, hari ini Azeez dikatakan telah menjawat jawatan tersebut dan insyaallah, Sangkakala yakin bahawa beliau mampu untuk menjalankan tanggungjawab tersebut dengan penuh dedikasi.



psssttt..nyamuk mengiang memang banyak..




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: