Isnin, 1 Julai 2013

@Khairykj @azwanbro LAWATAN KE RUMAH TITIAN ASHRAFUL ROHANIAH

Semalam satu lawatan telah diadakan oleh Ketua Pemuda Perak, saudara Khairul Azwan Dato Harun ke rumah Titian Ashraful Rohaniah di Teluk Intan.

Beliau juga telah diiringi oleh ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan saudara Yuzailie Yusof serta ketua Pemuda UMNO bahagian Bagan Datoh yang turut sama hadir untuk meninjau serta melihat permasaalahan di rumah perlindungan tersebut.

Rumah yang didiami oleh kira kira 60 oraang penghuni ini menempatkan mereka yang kurang upaya dari segi mental, anak anak terbiar, warga emas serta gadis bermasalah.


Lagi gambar lawatan DISINI

Selain itu ada beberapa perkara yang akan diselesaikan atau dibantu oleh pergerakan pemuda UMNO negeri Perak keatas rumah perlindungan ini, ikuti sidang media yang dilakukan oleh saudara Azwan dalam video dibawah

klik gambar untuk video
Kegembiraan jelas terpampang dimata semua penghuni dengan lawatan ini dan ianya telah disampaikan oleh pengasas rumah perlindungan tersebut iaitu Puan Rohani Binti Saidin yang dulunya merupakan setiausaha dalam syarikat Sime Darby sebelum beliau pencen dan menguruskan rumah perlindungan tersebut.

Ikuti ucapan terima kasih Puan Rohani yang mewakili semua penghuni rumah perlindungan ini dalam video dibawah.

klik gambar untuk video