Jumaat, 11 Januari 2013

PESERTA BAWA ANAK BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG UNDANG

Penganjur himpunan KL112 esok diingatkan supaya tidak membawa kanak kanak kecil untuk menyertai himpunan tersebut. Ini kerana jika mereka membawa kanak kanak untuk menyertai perhimpunan maka pihak berkuasa berhak untuk mengambil tindakan keatas mereka di bawah akta kanak kana 2001, untuk bacaan sila klik <disini>.

Tapi Sangkakala percaya, sudah pasti mereka akan membawa anak kecil semasa himpunan tersebut kerana sudah menjadi lumrah bagi pengikut pengikut pakatan untuk membawa anak kecil sebagai perisai sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.


Ini adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab dan janganlah kerana asyik berpolitik minda serta pemikiran anak kecil ini dipermainkan serta sanggup digadai.

Kita dapat melihat semasa himpunan BERSIH pada April tahun lepas, mereka sanggup membawa anak anak kecil dan tidakkah mereka ini berfikir bahawa sekiranya terjadi sesuatu yang buruk, apa akan jadi dengan nasib anak anak ini?

Kita sudah hidup dalam keadaan yang aman dan damai, terhindar dari segala macam pergaduhan seperti yang terjadi di negara luar, kenapa kita masih perlu untuk mencetuskan suasana huru hara hanya semata mata kerana politik?

Fikir fikirkanlah...

Tiada ulasan: