Rabu, 31 Julai 2013

SURAT RINGKAS !!! DAP SUDAH MULA GOYANG

DAP sudah mula merasa goyang apabila ROS mula bertindak dengan menghantar surat yang mangatakan pejabat pendaftar pertubuhan itu tidak berpuas hati dengan pemilihan parti tersebut.

DAP mula menberikan alasan bahawa surat itu bermotifkan politik dan sebagainya dan mereka cuba mengalihkan perhatian agar para pemimpin DAP dilihat tidak bersalah dalam pemilihan parti yang penuh kontroversi. 

DAP mengatakan bahawa surat tersebut terlalu ringkas dengan hanya mengatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan cara pemilihan dan meminta supaya diadakan semula pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat atau CEC parti itu.

Apa punya bodoh la pemimpin parti DAP NI, takkan nak hantar surat sampai selori pulak agaknya baru nak puas hati, dah ROS kata tak puas hati dan minta diadakan semula pemilihan, buat je lah, apa ada masalah?

Atau memang ada penyelewengan dalam pemilihan tersebut yang melihatkan pemimpin mereka begitu takut dengan kehadiran surat dari ROS tu?

Seperti mana yang pernah didedahkan ol3h Bekas Naib pengerusi DAP bahawa parti tersebut telah menipu ahli ahlinya dan mungkin kerana ini juga mereka sudah mula gundah gulana.

Ayuh kita cabar DAP untuk adakan pemilihan semula dan kita lihat siapa yang kekal dan siapa akan tersingkir dari dalam parti rasis tersebut.


BAKAL CALON PEMILIHAN UMNO !!! JANGAN SALAH BAWA ORANG

Pemilihan di peringkat Bahagian akan dilakukan dalam bulan oktober nanti dan pemilihan di peringkat pusat akan diadakan dalam bulan november.

Apa yang Sangkakala nak bagi tau kat sini, bukan le apa sangat, tapi kepada calon calon diperingkat tinggi supaya kalau nak bawa orang bertanding sama haruslah tengok tengok juga.

Jangan sampai nanti kerana orang yang dibawa, akan hancurkan diri sendiri sama, kena tengok orang yang dibawa tu sama ada diterima oleh perwakilan atau sebaliknya dan jalan terbaik ialah jalan sendiri.

Tak payah nak fikir pasal orang, lepaskan diri sendiri dulu sebab kedudukan kita sebagai calon belum tentu boleh menang dan jangan disebabkan orang yang kita nak bantu kononnya, langsung peratus kemenangan hilang ataupun kurang.

Itu sebenarnya amat merbahaya dan dari apa yang Sangkakala pernah perhatikan, ada beberapa orang rakan yang dulu pernah bertanding dan bawa orang lain untuk menjadi pengikut dalam pertandingan akhirnya menemui kegagalan.

Mungkin kita merasakan atas dasar kawan kawan maka kita bawa mereka sama sedangkan kita perlu baca, jika mereka ada kekuatan, maka tidak perlu mereka menawarkan diri untuk bersama dalam kapal kita sekali, mungkin mereka yang ingin mengikut telah membaca bahawa mereka tidak mampu untuk menang dan hanya berharap kepada kekuatan kita semata mata.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

MANJA ANAK TAK BERTEMPAT !!! SAMPAI BUAT LAPORAN POLIS ???

Kalau nak manjaoan anak pun agak agak la, jangan le sampai tujuan mengajar pun dilaporkan kepada polis, bila anak tu bodoh piang, tau pulak mengata cikgu ajar tak betul, padahal diri sendiri yang tak tau nak kawal situasi.


Sangkakala rasa perkara ini tak patut dilakukan kepada guru, kecuali la kalau anak brader kat atas tu mengalami pendarahan atau patah atau luka yang melampau itu barulah boleh nak diambil tindakan, tapi kalau tujuan guru tersebut di salah ertikan susah la pada orang lain.

Nanti kerana adanya kera sekor macam kat gambar diatas, murid murid lain juga tak dipedulikan oleh guru sama ada mereka melakukan kerja rumah atau tidak, orang lain nak bagi anak pandai, tapi mangkuk kat atas tu nak bagi anak nampak manja.

Cuba tengok muka budak tu, nampak macam puas hati je sebab dibela oleh bapa dia yang Sangkakala rasa tak layak jadi bapa kepada seorang murid.

Kalau dah tak boleh diajar anak tu, suruh duduk rumah, sampai masa bagi menikah je bro, jangan menyusahkan orang lain, ramai lagi mak bapa pelajar nakkan anak mereka dapat pelajaran terbaik disekolah.

HINA ISLAM !!! PENJAGA ANJING PERLU DI BERI PENGAJARAN


Maznah yang mengatakan bahawa beliau adalah penjaga dan pelagih anjing rasanya perlu diambil tindakan bukan hanya kerana beliau dilihat menghina agama islam dengan membuat video yang menunjukkan seolah olah anjing tersebut mengambil air sembahyang dan menyambut hari raya bahkan telah mengeluarkan kenyataan bahawa dalam agama islam tidak mengatakan salah untuk seseorang yang beragama islam membela aniing.

Ajaran mana yang diikuti oleh Maznah sampai berani keluarkan kenyataan sebegitu? Memang dalam agama islam tidak menghalang daripada seseorang itu untuk membela anjing tetapi tindakan beliau memegang anjing anjing tersebut dalam videonya jelas menunjukkan ianya adalah perbuatan haram kerana anjing adalah haiwan yang diharamkan dalam islam.

Pelik juga dengan adanya orang yang macam Maznah ni, nak pusingkan minda orang melayu ke? Atau sengaja untuk melepaskan diri dari dikenakan tindakan jadi jakan terbaik dengan memberikan alasan bahawa video tersebut dimuat naik 3 tahun yang lalu.

Bagi Sangkakala, tidak kira berapa tahun pun video tersebut, tapi tindakan beliau yang menunjukkan bahawa orang islam boleh memegang anjing adalah sesuatu yang idak bertanggungjawab dan boleh memesongkan pemikiran orang melayu yang beragama islam yang lain.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Maznah, bagi Sangkakala beliau perlu disiasat dan jangan hanya kerana kenyataan yang begitu, beliau dilepaskan tanpa ada siasatan lanjut dijalankan.

SELANGOR KELANTAN DAN PENANG !!! SILA PERBETULKAN NEGERI

Sangkakala telah dihubungi oleh seorang rakan blogger sebentar tadi yang mengatakan bahawa negeri Selangor, Kelantan dan Penang perlu perbetulkan negeri masing masing terlebih dahulu.

Ini berikutan pemilihan UMNO Malaysia yang akan berlangsung pada bulan 12 nanti yang mana ramai dikalangan pemimpin UMNO peringkat bahagian dan negeri sudah mula mengintai ruang dan peluang untuk bertanding.

Sangkakala setuju juga dengan apa yang dikatakan oleh rakan blogger Sangkakala ni, pemimpin ketiga tiga negeri tersebut diharap janganlah nak bertanding di peringkat kebangsaan tetapi perlu menumpukan perhatian terlebih dahulu kepada negeri masing masing.

Agak memalukan juga sekiranya menang sebagai Ahli Majlis tertinggi namun negeri sendiri kalah di tangan pembangkang dan Sangkakala lihat tidak ada gunanya kalau situasi itu berlaku.

Jadi kepada pemimpin ketiga tiga negeri tersebut, kalau nak bertanding pun biarlah di bahagian masing masing dan janganlah cuba cuba mencuri pandang kepada jawatan di peringkat kebangsaan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

NIK AZIZ BERTUKAR JADI GOD FATHER !!! INI CARA ISLAM ???

Hairan betul Sangkakala dengan kenyataan orang yang melaungkan bahawa dia mengagungkan Islam tapi tak mau penyatuan dalam islam.

Nik Aziz kini sudah menunjukkan siapa dia yang sebenar, kalau nak dikatakan nyanyuk pun mungkin juga tapi takkan nyanyuk pun masih lagi orang PAS nak angkat sebagai pemimpin?

Nik Aziz mengeluarkan kenyataan dalam Harakah, yang mana selagi dia hidup PAS dan UMNO tidak akan bersatu, boleh ke keluarkan kenyataan macam tu sedangkan kedua duanya adalah parti yang berteraskan agama.

Nik Aziz sedar atau tidak apa yang dia cakap ni? Atau dia memang terlalu bencikan UMNO hingga menolak sesuatu yang di tuntut dalam Islam iaitu perpaduan dalam mengikat tali silaturahim.

Nik Aziz jelas adalah pemecah belah diantara orang orang Melayu dan Islam kerana mengeluarkan kenyataan kenyataan songsang beliau yang mengelirukan.

Orang yang sebegini tidak lagi layak dipanggil sebagai pemimpin dalam agama kerana taksub dengan politik hingga membuatkan keakraban orang orang melayu berpecah.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@PDRMsia ULASAN BODOH LIM GUAN ENG


Ketua Menteri Pulau Pinang hari inibmemberikan ulasan bodoh apabila mengatakan bahawa polis tidak lagi boleh menyalahkan pemansuhan Ordinan Darurat mengakibatkan banyakbkes bunuh membunuh dikalangan penjenayah kerana pengasas Arab Malaysian bukan dari kalangan penjenayah.

Apa yang dimaksudkan ialah apabila ordinan darurat itu dimansuhkan, maka ramai dikalangan penjenayah akan bebas keluar dari penjara dan kadar jenayah akan meningkat terutamanya yang bermotifkan dendam.

Takkan itu pun Guan Eng tak boleh nak faham atau saja saja buat buat tak faham sebab nak menutup kesilapan yang mereka lakukan iaitu mendesak kerajaan supaya menghapuskan ordinan darurat.

Dendam tersebut tidak semestinya hanya diantara penjenayah, mungkin dendam dengan ahli perniagaan dan lain lain lagi,  tapi apa yang pastinya kadar jenayah tembak dan bunuh akan meningkat dengan lebih tinggi.

Atau pun Guan Eng cuba untuk mengatakan bahawa kerajaan gagal untuk mengawal kes jenayah yang membabitkan pembunuhan menggunakan senjata api di negara ini?

Pembangkang sebenarnya sudah tahu apa akan berlaku jika ordinan darurat dimansuhkan dan perkara ini telah diketahui lebih awal dimana peningkatan kadar jenayah akan berlaku, namun pembangkang tetap juga inginkan supaya ordinan tersebut dimansuhkan kerana mungkin juga ada kepentingan disitu.

Nampaknya Guan Eng memang tidak bijak menangani atau nemahami sesuatu perkara tapi masih mahu menjawat jawatan sebagai Menteri.



Selasa, 30 Julai 2013

DAP TIDAK LAGI DIPERCAYAI OLEH AHLI SENDIRI


Nampak gayanya ahli DAP sudah tidak lagi sabar dengan pemimpin parti tersebut yangbdikatakan sudah mula mengakui bahawa mereka menyeleweng yang membabitkan 547 ahli semasa pemilihan parti tersebut pada tahun lepas.

Rata rata mereka mahukan pemilihan semula diadakan kerana tidak mahu parti DAP dibubarkan oleh ROS yang akan mengambil tindakan mengharamkan parti tersebut.

Tapi mahu ke pemimpin DAP mengadakan semula pemilihan sedangkan sudah pasti ramai dikalangan pemimpin parti tersebut akan kecundang dintangan pengikut mereka sendiri apatah lagi ramai yang sudah mula tidak berpuas hati dengan mereka?

Parti campuran keluarga Lim, Karpal dan beberapa pemimpin lain sudah pasti akan menerima tamparan hebat jika mereka mengadakan pemilihan semula ekoran dari kemarahan anggota parti yang merasakan mereka kini sudah tertipu oleh pemimpin mereka sendiri tambahan lagi apabila seorang rakan Kit Siang telah mendedahkan penipuan dalam pemilihan tersebut melalui buku beliau The Equity Report.

Pendedahan ini dilihat sebagai satu yang amat menyukarkan pemimpin DAP untuk menepis segala apa yang telah berlaku terrmasuk penipuan dalam pemilihan tersebut.

Jadi sekarang Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal dan pemimpin parti tersebut harus menerima pembalasan dari ahli DAP atas apa yang telah mereka lakukan selama ini.


Isnin, 29 Julai 2013

@Khairykj ARMAND DAN PISANG TAK BOLEH DIPISAHKAN

Sangkakala baca dalam blog Kulaan Niring yang menceritakan bagaimana beliau mengenali Armand Azha.

Yang sebenarnya Sangkakala juga mengenali Armand agak rapat dan Sangkakala akui memang bekerjasama dengan Armand agak menyelesakan.

Sangkakala pernah sama sama dalam himpunan PATRIOT bersama dengan Armand dan disitu Sangkakala nampak bagaimana Armand, Lokman Adam dan beberapa pemimpin pemuda termasuklah Ketua Pemuda UMNO Malaysia saudara Khairy Jamaluddin yang benar benar berjuang mempertahankan kedaulatan orang melayu.

Selian dari itu Sangkakala dengar Armand telah menawarkan diri sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Sangkakala amat menyokong beliau bertanding untuk ke arah itu.

Pernah juga Sangkakala menulis tentang artikel yang dikeluarkan oleh Armand tentang pisang, oren dan epal yang mana ianya menunjukkan golongan elitis, bangsawan dan kumpulan marhaen.

Mungkin kumpulan marhaen tidak dipandang untuk menjadi peneraju parti selama ini tetapi kali ini mungkin beberapa orang dari golongan marhaen atau golongan bahawan dan pertengahan diangkat sebagai pemimpin dalam mengimbangi lanskap kepimpinan pemuda UMNO Malaysia.

Armand telah menawarkan diri untuk bertanding sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia dan seharusnya peluang ini diberi kepada beliau bagi mewakili golongan marhaen yang agak sukar melontarkan suara serta pandangan walaupun kadangkala ada suara dan pandangan yang bernas serta boleh digunapakai untuk membantu dalam memantapkan parti.

Kepada perwakilan yang layak untuk mengundi, Sangkakala harap agar peluang diberi kepada Armand untuk menjadi wakil kumpulan pisang atau marhaen bagi menyuarakan apa yang terbuku dihati.

Ini kerana Armand dan pisang tidak dapat dipisahkan dan pisang ini paling mudah ditemui selain kita tau dari mana asal usulnya berbanding dengan oren dan epal yang hanya kita ketahui buahnya, namun pokok tidak kita ketahui mana rupanya.


pssttt..armand nak tanam pisang tak??




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ANWAR IBRAHIM MENGAMUK SEBAB PETISYEN DITOLAK

Anwar Ibrahim dilaporkan berang dengan keputusan mahkamah yang menolak lebih banyak petisyen yang difailkan oleh calon calon pakatan pembangkang dalam pilihanraya umum yang lalu.


Alamak abg nuaq..dah kena tolak tu sudah lah, nak mengamuk sakan tu pasal apa pulak? Sebab mahkamah tak memihak pada pakatan pembangkang dan kalau jadi macam Tian Chua tu baru puas hati agaknya ye tak.

Anwar kata tidak masuk akal mahkamah menolak petisyen tersebut dengan alasan masqlah eknikal dan kalau boleh Anwar nak petisyen tersebut dibicarakan.

Agaknya Anwar mesti tengah nak cari alasan lagi sekali untuk bawa para pengikut pakatan pembangkang ke jalan raya sekali lagi ni.

Semua orang tau bahawa Anwar tidak berpuas hati dengan pilihanraya umum yang lalu apabila beliau mengatakan bahawa pakatan pembangkang mendapat undi popular yang lebih berbanding Barisan Nasional.

Kenyataan bodoh dan bangang dari seorang yang berpelajaran seperti Anwar dalam sejarah tamadun manusia apabila beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Beginilah wahai Anwar, dah kalah tu kalah lah, tak payah nak meroyan tak tentu pasal nak mengamuk tak tentu kira, rakyat juga tau macam mana nak mengamuk kalau dah hilang sabar dengan kerenah kamu.

PEMILIHAN AGUNG UMNO !!! WILAYAH PERLU JUGA PERTUKARAN

Tak lama lagi akan diadakan pemilihan diperingkat bahagian diseluruh negara dan tidak ketinggalan di Wilayah Persekutuan juga akan melihat beberapa perubahan dan ini sudah pastinya akan menjadi lebih menarik apabila sudah ramai yang mengintai ngintai tapak untuk bersemayam sebagai ketua bahagian.

Tapi masih relevan atau tidak ketua ketua bajagian yang ada sekarang ini untuk mengekalkan jawatan mereka dalam bahagian masing masing?

Apa yang Sangkakala lihat, kedudukan ketua ketua bahagian dalam wilayah perlu dibwri nafas baru yang mana muka muka baru yang lebih mampu untuk melaksanakan tugas diberikan tanggungjawab untuk mengepalai bala tentera peperangan dalam mengajdapi pilihanraya yang akan datang.

Memang benar bahawa ada sesetengah pihak mengatakan yang mana bukan semua bahagian akan diwakili oleh calon dari UMNO, tapi harus diingat bahawa UMNO itu adalah kepala dalam setiap misi yang perlu dilaksanakan iaitu m8si untuk memenangkan Barisan Nasional. 

Jadi tidak ada alasan untuk mereka mengatakan bahawa itu adalah salah sipolan dan sipolan untuk mereka mengekalkan kuasa dalam pemerintahan disetiap bahagian.

Sangkakala mulakan dengan bahagian Kepong yang mana Datuk Haji Rizuan Abd Hamid  sebagai panglima perang yang memegang jawatan Ketua Bahagian.

Dalam pilihanraya yang ke12 pada tahun 2008 dahulu, Parlimen Kepong kalah sebanyak 23'848 undi.


Dan pada pilihanraya umum ke 13 pula kawasan Kepong kalah 40'307 undi majoriti, peningkatan kepada 16'459 undi.


Apakah Datuk Haji Rizuan masih lagilayak untuk memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Kepong dengan peningkatan undi sebanyak itu yang memperlihatkan kegagalan mengurus tadbir pengundi di bahagian tersebut?

Sekarang kita pergi pula ke bahagian Batu yang mana Ketua Bahagian UMNO disandangboleh Datuk Yahya Mat Ghani yang mengepalai peperangan menentang Tian Chua, naib presiden PKR.

Dalam tahun 2008 iaitu semasa pilihanraya umum ke 12, Barisan Nasional telah kalah sebanyak 9455 undi majoriti kepada PKR.


Dan pada pilihanraya umum ke 13 yang baru saja berlalu, Barisan Nasional kawasan Batu telah kalah sebanyak 13284 undi dan ini tidak termasuk undi yang diberikan kepada calon calon bebas di kawasan tersebut.


Ini telah melihatkan peningkatan undian sebanyak 3829 undi dan jika dicampurkan dengan undi yang diperolehi oleh calon bebas pula sebanyak  5151 undi yang gagal diperolehi oleh calon Barisan Nasional. 

Kegagalan ini telah membuatkan Tian Chua yang begitu banyak isu di peringkat nasional memperolehi kemenangan buat kesekelian kalinya di kawasan Batu.

Kita pindah pula ke kawasan WangsaMaju yang mana Ketua Bahagian disandang oleh Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah.

Kawasan ini pada tahun 2008 telah dimenangi dengan kemenangan tipis kepada calon Barisan Nasional iaitu dengan majoriti hanya sebanyak 150 undi.


Dan apa yang menyedihkan ialah pada pilihanraya umum ke 13 pula, WangsaMaju telah ditawan oleh pakatan pembangkang dengan undi majoriti sebanyak 5511 undi walaupun pada hakikatnya Barisan Nasional hanya perlu mengekalkan kuasa pemerintahan.


Peningkatan yang begitu ketara ini dilihat juga adalah kegagalan Ketua UMNO Bahagian dalam menjalankan tanggungjawab sebagai orang yang bertanggungjawab dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional. 

Bagaimana pula dengan Segambut yang diketuai oleh Dato haji Kamaruddin bin Haji Ambok sebagai Ketua UMNO Bahagian? 

Jawapannya kecundang juga, pada pilihanraya umum ke 12 kerusi Segambut kehilangan undi majoriti sebanyak 7732 undi kepada DAP.


Dan pada pilihanraya umum yang ke 13 pula, Segambut kehilangan undi majoriti sebanyak 19199 undi dengan peningkatan sebanyak 11467 undi sekaligus menidakkan kemenangan di parlimen tersebut kepada Barisan Nasional.


Dan seperti biasa, pemimpin tertinggi di bahagian Segambut juga gagal untuk memberikan satu kerusi di kawasan berkenaan bahkan undi majoriti telah meningkat naik, jadi adalah lebih baik jika kepimpinan tertinggi kawasan ini ditukar ganti dengan kepimpinan yang baru.

Bukit Bintang juga tidak terlepas dari kekalahan dan Ketua Bahagian yang memegang jawatan itu kini ialah Dato Seri Haji Abdul Azim. 

Dalam pilihanraya umum ke 12, kawasan Bukit Bintang telah menerima kekalahan sebanyak 14277 undi majoriti kepada DAP. 


Dan pada pilihanraya umum ke 13 kawasan Bukit Bintang telah menerima kekalahan sebanyak 19399 undi yang mana kita dapat lihat ianya membawa kepada peningkatan sebanyak 5122 undi.


Ini adalah suatu perkara yang dilihat tidak sihat dalam Barisan Nasional dibawah kepimpinan UMNO Bahagian yang mana peningkatan  dari pru12 ke pru 13 amat ketara.

Sekarang pula kita akan melihat ke kawasan bekas Menteri Wilayah yang juga gagal untuk mempertahankan kerusi di Bahagian Lembah Pantai iaitu Datuk Seri Raja Nong Chik.


Walaupun kita dapat melihat bahawa ada penurunan undi majoriti yang diperolehi oleh Nurul Izzah,  namun kawasan tersebut masih juga kalah dan kedudukan Raja Nong chik Sebagai Ketua Bahagian juga dilihat tidak perlu lagi disitu.


Ini kerana, kegagalan ini dilihat bukan kerana apa apa faktor lain tapi ianya aadalahdisebabkan oleh Raja Nong Chik sendiri yang ditolak oleh para pengundi di kawasan tersebut. 

Di kawasan Seputeh pula, Ketua Bahagian di sandang oleh saudara Mustafa Kamal yang mana kawasan ini juga dilihat mengalami kekalahan dengan majoriti yang amat tinggi hingga mencecah puluhan ribu undi.


Lihat perbezaan diantara kedua dua pilihanraya, calon DAP ini mampu untuk menaikkan undi beliau lebih dari 10 rribuundi dalam masa 5 ttahunwalaupun dengan membawa pelbagai isu semasa.


Ini juga tidak sepatutnya berlaku di kawasan Seputeh apatah lagi dengan kekuatan jentera Barisan Nasional dikawasan tersebut tidak membolehkan peningkatan undi seketara itu sebenarnya dan jelas disini, Ketua UMNO Bahagian Seputeh tidak mampu menjalankan kewajipan beliau lagi.

Kawasan parlimen Cheras juga tidak kurang hebatnya menerima kekalahan, dan Bahagian ini diterajui oleh Datuk Wira Syed ali Alhabshee yang juga merupakan setiausaha badan perhubungan Wilayah Persekutuan. 

Pada pilihanraya umum ke 12 kekalahan yang diterima di kawasan parlimen Cheras berjumlah 28300 undi dan calon Barisan Nasional telah kecundang di tangan calon DAP. 


Dan pada pilihanraya umum ke 13 pula, kawasan Cheras telah mengalami kekalahan sebanyak 37409, perbezaan sebanyak 9109 undi.


Peningkatan ini dilihat juga amat ketara dan apa yang dilakukan oleh Ketua Bahagian selama ini selaku setiausaha badan perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan? 

Dan kawasan terakhir yang menerima kekalahan di Wilayah Persekutuan ialah kawasan Bandar Tun Razak yang mana ianya di ketuai oleh Dato Mokhtar Samad.

Dalam pilihanraya umum ke 12 lalu, Bandar Tun Razak telah mengalami kekalahan dengan undi majoriti sebanyak 2515 undi dan Barisan Nasional kalah kepada PKR.


Pada pilihanraya umum ke 13 pula, Barisan Nasional kalah hampir 5 kali ganda iaitu 11832 undi majoriti yang diperolehi oleh PKR.


Kekalahan dengan undi sebanyak ini juga mengundang persoalan apa dah jadi dengan bahagian bahagian di wilayah yang menerima kekalah amat ketara dalam parlimen masing masing?

Dengan kekalahan sebegitu, Sangkakala mempunyai pendapat iaitu mereka senua perlu mengundurkan diri dan merasa lebih bertanggungjawab terhadap kekalahan di kawasan masing masing.

Jangan semua merasa selesa walaupun menerima kekalahan, sepertimana yang Sangkakala katakan tadi, jangan menunding jari kepada komponen kononnya kerusi di kawasan mereka adalah milik komponen kerana adalah menjadi tanggungjawab semua ketua UMNO bahagian untuk memenangkan calon Barisan Nasional. 




PEMIMPIN PAS PENGIKUT SYIAH KATA HASAN ALI

Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan bahawa tidak ada pemimpin parti tersebut yang mengikut fahaman syiah sedangkan Hasan Ali mengatakan ramai pengikut ajaran itu terdiri daripada pemimpin PAS.


Jadi disini cakap siapa yang kita nak dengar sebenarnya? Adakah kata kata Hasan Ali atau Tuan Ibrahim?


Sangkakala oula mengambil pendekatan untuk lebih mempercayai Hasan Ali kerana beliau kini bukan lagi ahli PAS atau Naib Presiden PAS yang mempunyai kepentingan dalam usaha menutup segala kesalahan ahli atau pemimpin PAS.

Hasan Ali ada mendedahkan bahawa dalam muktamar PAS semasa ada pertandingan maka isu syiah ini selalu dijadikan bahan untuk menjatuhkan seseorang yang akan bertanding sebagai pemimpin dan Sangkakala juga pernah dengar tentang perkara sama sebelum ini.

Ada diantar mereka (pemimpin PAS) yang ingin bertanding menggunakan kaedah penggunaan isu fahaman syiah kerana dalam PAS hanya ahli sunnah dibenarkan untuk menjadi ahli PAS dan jika didapati mereka mengikuti fahaman syiah maka mereka akan terkeluar dari parti.

Jadi bagaimana Taun Ibrahim mengatakan bahawa tiada pengikut syiah dalam PAS sedangkan bekas Naib Presiden sendiri mengatakan ianya memang ada?



Ahad, 28 Julai 2013

TINDAKAN BIJAK AKHIRNYA DIAMBIL

Tahniah dan syabas kepada Kementerian Dalam Negeri yang kononnya telah menangguhkan tayangan filem The New Village.

Mungkin tindakan ini akan melegakan banyak pihak yang tidak berpuas hati apabila filem tersebut ingin ditayang kan memandangkan filem tersebut mengandungi unsur unsur komunis yang diagungkan.

Lepas ni nanti kita akan tengok beberapa pihak terutamanya dari pihak pembangkang akan menyalak menyalahkan kerajaan diatas penangguhan tayangan filem tersebut.

Tapi Sangkakala rasa apa juga yang diperkatakan oleh pembangkang kelak tidak perlu diambil kira kerana apa yang penting ialah keselesaan rakyat perlu didahulukan.

Sekali lagi tahniah Sangkakala ucapkan kepada pihak Kementerian yang prihatin dengan suara suara rakyat diperingkat bawahan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@NajibRazak IDEALOGI KOMUNIS MENULAR SEMULA !!! APA TINDAKAN KERAJAAN ???

Sangkakala terbaca tentang sebuah filem yang dikatakan terlalu rasis yang mana ianya membuat pendedahan kononnya seolah olah komunis adalah pejuang kepada kaum cina di Malaysia dalam beberapa buah blog tempatan.


Tidak ketinggalan memainkan isu filem ini ialah Dr Novandri yang mempunyai pandangan sendiri tentang filem penuh kontroversi ini.

Baca pandangan beliau DISINI.

Sangkakala pula mempunyai pandangan lain tentang filem ini yang mana Sangkakala lihat seolah olah ada orang yang sengaja untuk menaikkan semula semangat dan ideologi komunis dalam negara.

Lagi satu, daripada apa yang Sangkakala lihat, tidak ada seorang pun dikalangan pembangkang yang memberikan komen tentang filem ini seolah olah ianya memang sudah dirancang untuk menutup cerita Tanda Putera yang mendapat tentangan hebat daripada pembangkang hingga menidakkan filem tersebut ditayangkan di panggung.

Tapi pelik pulak, kenapa The New Village mendapat kelulusan tayangan dan FINAS seolah olah berdiam diri tanpa melakukan penapisan terhadap filem ini hingga ianya boleh melepasi saringan kelulusan.

Syarikat penerbitan gilem ini juga di pertikai kerana namanya YELLOW MOVIE SDN BHD, adakah ianya secara kebetulan atau sengaja di reka untuk menunjukkan bahawa mereka juga mampu untuk membuat sebuah filem.

Kerajaan tidak boleh terlalu berlembut dalam isu isu sebegini kerana ianya akan membuatkan rakyat bertambah marah dan apa yang paling merisaukan ialah idealogi ini akan merebak seterusnya menjadi masalah kepada negara satu masa nanti.

Sangkakala harap pihak kerajaan menarik semula penayangan filem ini kerana ianya tidak sesuai dengan penonton negara ini yang bebas dari komunis.

Tidak perlu kita cuba mengagung agungkan mereka yang pernah melakukan satu perkara yang buruk dan mereka mereka yang pernah menyusahkan rakyat Malaysia. 




CALON NAIB KETUA PEMUDA !!! SIAPAKAH YANG PALING LAYAK ???

Antara 6 orang yang dikatakan akan bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia siapa yang akan dinobatkan nanti sebagai pengganti tempat yang dikosongkan oleh YB Dato Razali Ibrahim? 


Sangkakala mempunyai beberapa pendapat tentang keenam enam orang calon ini bermula daripada Ketua Pemuda UMNO negeri Perak yang juga merupakan salah seorang yang menawarkan diri un5uk jawatan kedua tertinggi pergerakan tersebut.

Khairul Azwan Dato Harun atau Azwanbro merupakan seorang peniaga yang berjaya dan kalau diikutkan buat masa ini beliau memang dilihat rapat dengan ketua pergerakan pemuda UMNO Malaysia. 


Dengan beberapa perniagaan yang dilihat mempunyai potensi untuk masa hadapan, Azwanbro dilihat mampu untuk menjadi funder kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia. 

Kelebihan yang ada pada beliau ialah, beliau merupakan pengerusi akademi pemuda yang dilihat boleh membawa perubahan kepada lanskap pergerakan pemuda jika ianya direalisasikan dengan sepenuhnya, dan satu lagi beliau adalah satu satunya ketua pemuda negeri yang menawarkan diri untuk bertanding.

Kita pergi ke EXCO Pergerakan Pemuda pula, saudara Lokman Adam.


Pengerusi unit pidato pemuda UMNO Malaysia ini dilihat popular kerana telah mengelilingi seluruh negara dalam memberikan ceramah serta memberikan latihan untuk berpidato kepada ratusan orang pemuda diseluruh negara dan ini adalah kelebihan kepada beliau kerana boleh dikatakan seluruh ketua serta pemuda bahagian dalam negara sudah mengenali beliau.

Beliau juga dilihat berpotensi untuk memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda kerana dengan memiliki rangkaian di seluruh negara serta merupakan panel pemikir JASA. 

Lokman banyak menggunakan Instagram berbanding dengan twitter dan facebook yang mana setiap gambar yang dimuat naik merupakan aktiviti yang beliau lakukan sepanjang hari dan ini juga dilihat sebagai satu pendekatan yang baik walaupun bukanlah yang terbaik dalam medium media sosial.

Jamawi Jaafar, ketua pemuda UMNO bahagian Tenom, Sabah yang baru baru ini telah mengisytiharkan bahawa beliau akan bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan merupakan seorang calon yang berani membuat pendedahan dan kalau tak silap, beliau adalah orang pertama yang membuat kenyataan secara terbuka untuk masuk ke gelanggang pertandingan.


Pengerusi biro kesenian dan kebudayaan pergerakan pemuda UMNO Malaysia ini dikatakan disenangi oleh ketua ketua pemuda bahagian kerana telah banyak membantu mereka kononnya dan satu lagi kelebihan yang ada pada Jamawi ialah jentera pemilihan beliau yang kemungkinan besar dilakukan oleh gilongan artis kerana beliau sebagai pengerusi biro kesenian sudah pasti rapat denga penggiat seni tanah air.

Beliau juga dikenali kerana beliau menjawat jawatan sebagai pegawai khas kepada Datuk Seri Shafiee Afdhal yang merupakan menteri di kementerian luar bandar dan pembangunan wilayah serta mempunyai kelebihan dalam Public Relation (PR) bersama ketua ketua pemuda bahagian lain.

Selain itu juga Sangkakala ada dimaklumkan bahawa Jamawi kerapa melakukan program progran di bahagian dan ianya mengalahkan program program yang dilakukan oleh Ketua UMNO Bahagian.

Ketua Pemuda UMNO bahagian Lenggong, saudara Iruan pula dilihat langsung tidak popular kerana tidak langsung melakukan apa apa pergerakan sepanjang memegang jawatan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sejak tahun 2008 dan beliau juga dilihat terlalu elitis sama seperti Azwanbro tetapi di peringkat negeri pun beliau tidak popular walaupun mempunyai jawatan di peringkat pusat.


Memegang jawatan pengerusi biro sosio etika yang langsung tidak bergerak dan tidak diketengahkan membuatkan Iruan tidak dapat menempatkan diri atau nama beliau di bibir ketua ketua pemuda UMNO bahagian dalam negara dan ini dilihat agak sedikit menyukarkan beliau untuk melobi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. 

Timbalan pengerusi Unit Media Baru yang juga merupakan ketua pemuda seputeh dilihat berani untuk menempatkan sebagai calon NKPPPUM kerana beliau sebelum ini bukan dari kalangan EXCO Pemuda UMNO Malaysia tapi bercadang untuk masuk bertanding.


Saudara Razlan dilihat tidak berapa popular dikalangan pemuda pemuda bahagian tetapi mempunyai kekuatan yang amat kuat di dalam media sosial kerana ramai pengikut serta dikatakan mempunyai jentera siber yang ampuh untuk meletakkan diri beliau sebagai calon NKP.

Beliau juga merupakan seorang yang amat lantang bersuara dan pernah melontarkan beberapa pandangan serta pendapat yang agak bernas dalam isu isu pemuda serta nasional.

Saudara Nazir telah berjaya memberikan peluang pekerjaan kepada ratusan anak muda melalui program BN Youth Job Fair.


Dengan pengalaman menguruskan program besar seperti itu, adalah tidak mustahil Nazir mampu untuk memberikan saingan kepada semua calon calon yang ada.

Ini adalah kekuatan kekuatan yang Sangkakala lihat ada pada 6 orang calon kecuali Iruan yang Sangkakala lihat memang tidak mempunyai kekuatan langsung untuk memegang jawatan kedua tertinggi pemuda ini.

Tapi kepada semua calon, jangan silap, Sangkakala akan dedahkan pula kelemahan yang ada pada mereka setelah selesai membuat risikan nanti, jadi sama sama lah kita tunggu pendedahan yang Sangkakala akan buat nanti.


MIRAC !!! IBRAHIM ALI BUAT DAP TERKEDU

Presiden PERKASA akhirnya memberikan kejutan besar pada DAP yang selama ni kata NGO tersebut adalah NGO rasis yang hanya membela nasib melayu semata mata dengan tertubuhnya NGO antara kaum atau MIRAC.


Mungkin setelah tertubuhnya MIRAC maka DAP yang selama ini cuba melaga lagakan NGO melayu tersebut dengan orang bukan melayu akan senyap tak terkata apa apa lagi.

Dulu apabila PERKASA bercakap tentang hak orang melayu, DAP akan menghentam NGO tersebut dengan pelbagai tohmahan namun kini dengan tertubuhnya MIRAC jelas PERKASA bukanlah NGO hanya untuk membela melayu tapi ianya berfungsi untuk membela rakyat secara keseluruhan.

Kejutan ini juga akan membuatkan Lim Kit Siang serta pemimpin parti rasis tersebut hilang punca untuk memfitnah PERKASA dimasa akan datang.

Apa lagi DAP nak kata lepas ni? Nak wujudkan lagi sentimen perkauman?

DAP kenalah liupakan hasrat tersebut untuk selama lamanya kerana ianya akan memberikan impak kepada DAP jika mereka terus berhasrat sebegitu.

VELL PAARI NAK JADI HERO TAMIL ???


Pengarah strategi MIC nampaknya cuba nak berlagak jadi hero filem Tamil apabila beliau mengatakan bahawa akan mendedahkan siapa yang mengugut ibu kepada pelajar yang mendedahkan murid murid sebuah sekolah makan dalam tandas.

Kenapa Vell Paari nak berbuat hingga mengatakan bahawa jika murid berkenaan masih diganggu oleh guru sekolah berkenaan maka beliau sendiri akan pergi ke  sekolah untuk berjumpa dengan mereka?

Bagaimana pula dengan nasib guru besar sekolah tersebut yang kini diberikan cuti seminggu tanpa sebab dan menerima tekanan serta ugutan kerana insiden tersebut.

Satu lagi persoalan, adakah kejadian makan dalam tandas itu benar benar berlaku dalam tandas sekolah tersebut atau ianya berlaku dalam bilik persalinan yang sememangnya dari dulu digunakan oleh murid sekolah tersebut sebagai tempat untuk makan semasa rehat kerana kantin sekolah berkenaan tidak mampu menampung jumlah pelajar.

Kenapa Vell Paari tidak mengambil berat tentang semua ini dan kenapa beliau perlu mempertahankan ibu murid berkenaan sedangkan secara terang terangan beliau telah tersilap dalam membua aduan dan ibu murid tersebut tidak langsung memohon maaf kepada mana mana pihak walaupun sedar ianya adalah satu kesilapan?

Kepada pengarah strategi MIC, Sangkakala nak bagi tau sikit, itu bukan strategi untuk menang pilihanraya, itu strategi bodoh bangang namanya, jangan bersikap macam hero filem tamil sebab nanti akan membuatkan orang bertambah benci.



KENYATAAN BODOH HINDRAF BUAT ORANG KETAWA BESAR


Punya la bodoh kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung HINDRAF apabila beliau mengatakan bahawa ahli mereka akan berkhemah dihadapan penjara kajang jima ketua mereka tidak dibenar untuk berjumpa dengan doktor pada 1 ogos nanti.

Persoalannya disini, adakah hari ni bertarikh 1 ogos sampai nak buat kenyataan macam tu? Lagi pun ada ke arahan yang menidakkan Uthayakumar daripada berjumpa dengan doktor atau menjalani rawatan kesihatan?

Setahu Sangkakala, belum ada lagi banduan yang dibiarkan dalam penjara serta tidak diberi peluang untuk mengadakan perjumpaan dengan doktor atau menjalani rawatan di mana mana hospital, tetapi dengan syarat banduan tersebut mesti diiringi dengan warden penjara.

Agaknya HINDRAF dah takde isu untuk mencari tempat dalam kerajaan dan mereka ni juga dah terikut ikut dengan tindakan pembangkang yang akan berhimpun disana sini untuk menunjukkan protes mereka tapi kali ni HINDRAF dilihat mengeluarkan kenyataan paling bodoh yang pernah Sangkakala dengar.

Sangkakala kata begitu sebab seperti yang Sangkakala katakan tadi bahawa tidak ada arahan yang mengatakan bahawa Uthayakumar tidak dibenarkan untuk bertemu dengan doktor atau menjalani rawatan hingga mereka mengeluarkan kenyataan sebegitu.

PULAU PINANG MILIKI KETUA MENTERI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Malang nasib rakyat di Pulau Pinang apabila mempunyai seorang Ketua Menteri yang Sangkakala rasakan tidak bertanggungjawab dan hanya pandai meletakkan semua tanggungjawab kepada kerajaan pusat walaupun satu satu kejadian didalam negeri tersebut.


Sangkakala katakan begini apabila Guan Eng selaku Ketua Menteri menbgatakan bahawa beliau tidak pernah berjanji untuk menyiasat tentang seorang doktor di hospital Pulau Pinang yang didakwa bersikap rasis semada menjalankan tugas.

guan aeng boleh pulak mengatakan bahawa itu dibawah idang kuasa kerajaan Pusat dan kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk berbuat apa apa kecuali kerajaan pusa atau Kementerian kesihatan memberikan kuasa penuh kepada kerajaan negeri terhadap hospital berkenaan.

Kalau dah macam tu, tak payah le ada exco kesihatan di Pulau Pinang dan Guan Eng boleh jadi sebagai ketua menteri patung yang hanya menerima gaji setiap bulan tanpa perlu berbuat apa apa kerana semuanya diserahkan kepada kerajaan pusat.

Kalau nak diikutkan, semua hospital memang dibawah Kementerian kesihatan tetapi kerajaan negeri juga boleh memantau setiap apa yang berlaku termasuk mengadakan siasatan terhadap salah laku atau ketidak puasan hati pengguna atau rakyat.

Tapi kalau semua nak diserahkan kepada kerajaan pusat, kenapa tidak kerajaan negeri atau pengurusan negeri Pulau Pinang juga diberi kepada kerajaan pusat? Bukan ke itu lebih mudah? Atau Guan Eng merasakan doktor tersebut betbangsa cina dan dia berikan alasan sebegitu untuk melepaskan diri dari tanggungjawab dan cuba untuk menidakkan tindakan yang boleh diambil keatas doktor tersebut?

Jelas dan nyata bahawa Guan Eng juga mengamalkan sikap rasis kerana tidak mahu bertindak terhadap aduan tersebut dan menyerahkan kepada kerajaan pusat untuk mengambil tindakan dan jika kerajaan pusat berbuat sedemikian, maka kerajaan negeri khususnya pakatan pembangkang akan menggunakan kesempatan itu ntuk sekali lagi menyalahkan pihak kerajaan dengan mengatakan tindakan yang diambil keterlaluan dan sebagainya untuk menunjukkan bahawa mereka adalah wira kepada para doktor pula.

Ini semua mainan politik Guan Eng untuk meraih sokongan dan menyalahkan kerajaan persekutuan.




Sabtu, 27 Julai 2013

KEADAAN DALAM PENJARA BOLEH TAHAN !!! BUKTI BLOGGER PORNO BELUM INSAF


Elok je lepas keluar dari penjara dengan ikat jamin sebanyak RM 30 ribu, si Alvin kata keadaan dalam penjara 'BOLEH TAHAN', macam takde langsung perasaan bersalah atau insaf dalam diri blogger porno ni.

Yang Peguam Negara pulak, mula mula kata tak boleh jamin, lepas tu dah boleh jamin pulak, itu pun dah nampak macam agama Islam ni boleh diperlakukan sesuka hati dan jika ianya dilakukan pun tindakan tegas tidak akan diambil.

Apa ada dengan jaminan RM 30 ribu sorang bagi dua ekor kera ni yang mana mereka ni dikatakan memang dari golongan anak orang berada dan bagi Sangkakala, ianya langsung tidak memberi kesan kepada mereka.


Adakah sikit hari lagi, rakyat Malaysia akan melihat bahawa lebih ramai yang lakukan seperti apa yang dibuat oleh 2 ekor kera ni terhadap agama Islam dan mereka ini akan dibebaskan dengan ikat jamin mengikut satu satu harga dan bagi Sangkakala, itu lah harga maruah sebuah agama.

Hakim mengatakan bahawa mereka berdua dikenakan dengan syarat ketat iaitu tidak boleh menggunakan sebarang peranti yang membolehkan mereka berdua mengakses laman sesawang termasuk telefon pintar dan passport antarabangsa mereka ditahan.

Ketat ke syarat tu? Sangkakala tak nampak dimana ketatnya syarat yang dikenakan, untuk mengakses laman sesawang, tidak kira laman sosial atau sebagainya, banyak cara yang boleh dilakukan dan untuk mengulangi perbuatan mereka ini, mereka boleh lakukan dengan pelbagai cara.

Sebagai contoh, akaun mereka berdua pernah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi namun mereka masih mampu untuk mengakses laman sesawang dengan cara membukan akaun baru, jadi itu ke yang dikatakan ketat.

Agak agak la kalau nak bercakap tu tuan Hakim, kalau nak bagi tau tentang syarat tu pada orang lain yang tak tau tentang media sosial itu mungkin cerita lain, tapi majoriti rakyat di Malaysia ni dah celik IT, jangan la pandang rakyat Malaysia ni macam masih duduk dalam tahun 60an dulu.

Kadang kadang bila dilihat secara mata kasar, undang undang Malaysia ni cukup bagus tapi bila dikaji semula, terlalu lembut pulak, dimana silapnya?

Bagi Sangkakala, kerajaan tidak sepatutnya terlalu berlembut hingga membuatkan ada sesetengah pihak sudak semakin berani melakukan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya menggunakan media sosial.

Sangkakala harap, jangan la sampai skrip dialog cerita musang berjanggut 'UNDANG UNDANG KITA YANG BIKIN, KATA DATUK NIKAH KAWIN' direalisasikan di zaman sekarang, kerana undang undang itu adalah daulat dan kalau ianya seolah olah tidak berfungsi, maka daulat negara ini juga akan pincang sama.


GURU BESAR SEKOLAH SK SRI PRISTANA DIANIAYA RAKAN DAN KAKITANGAN SENDIRI


Kecoh satu negara dengan insiden sebuah sekolah di Sungai Buluh yang mana seorang guru besar di tuduh membiarkan anak murid sekolah berkenaan yang buian beragama islam makan di bilik persalinan sekolah tersebut.


Apa masalah sebenarnya makan di bilik persalinan yang tidak mengandungi najis dan hanya digunakan sebagai bilik persalinan dan ianya Sangkakala lihat teratur serta bersih seperti gambar diatas.

Ada juga laporan yang mengatakan bahawa beberapa orang guru di sekolah tersebut telah membuat laporan polis berhubung dengan perkara itu.

Seorang ibu kepada murid sekolah berkenaan telah menghantar status beliau dalam laman sisoal facebook yang meminta supaya orang luar jngan campur tangan dalam hal tersebut dan beliau mengatakan bahawa tidak menjadi masalah untuk pelajar pelajar sekolah berkenaan makan di bilik persalinan tersebut.


Bagi Sangkakala, ada kemungkinan guru guru yang mengambil tindakan membuat laporan polis tersebut adalah dari pihak pembangkang, Sangkakala katakan perkara ini ada kemungkinan apabila guru besar sekolah berkenaan secara terang terangan telah memberitshu bahawa beliau adalah orang UMNO, dan ini mungkin juga ada unsur dendam.

Ada juga beberapa perkara lain yang Sangkakala lihat berlaku dalam insiden itu seperti mereka mereka yang telah mengambil kesempatan dengan mengutuk guru tersebut, dan dalam hal ini pula, Sangkakala lihat seperti afa sesuatu yang tidak kena.

Ianya seperti menangguk di air keruh, berbalik kepada laporan polis yang dilakukan oleh beberapa orang kakitangan tadi, kenapa baru kini mereka melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis? Sedangkan perkara tersebut telah berlaku sejak awal bulan ramadhan dan ada ibu bapa yang mengatakan bahawa mereka sedia maklum yang anak mereka makan di tempat tersebut.

Sepatutnya, sebagai guru dan kakitangan yang bertanggungjawab, mereka seharusnya membuat laporan polis tersebut sebelum perkara ini disebar oleh orang luar kerana mereka ( guru dan kakitangan) dalam sekolah berkenaan sudah pastinya lebih arif gengan apa yang berlaku di sekitar sekolah berkenaa.

Jadi disini Sangkakala ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya sama sama bangkit mempertahankan guru besar berkenaan kerana daripada apa yang Sangkakala tahu juga, tindakan sekolah menjadikan bilik persalinan tersebut sebagai tempat makan telah dipersetujui oleh mesyuarat PIBG, dan bagi Sangkakala ianya sudah memadai sebagai makluman kepada semua ibu bapa murid serta kakitangan sekolah berkenaan.






Jumaat, 26 Julai 2013

RED BEAN DIKESAN !!! @PDRMsia DAN SKMM NAK TENGOK JE KE ???

Dah banyak kali kita jumpa benda benda macam ni dalam laman sosial Facebook tapi tindakan yang diambil Sangkakala belum nampak lagi.

Macam gambar diatas, takkan SKMM, PDRM dan semua pihak berwajib nak tengok je lagi kot, takkan takde langsung peruntukan undang undang yang boleh diambil.

Kadang kadang rasa kecewa pulak asyik nak menulis tentang perkara ni dalam blog atau laman sosial.

Macam kes Alvin dan Vivian, dengan mudah sangat hanya dengan jaminan RM 30 ribu dah bebas, lepas tu tahan passport antarabangsa kononnya taknak bagi lari, lepas tu tahan dari aksess internet, habis tu ingat depa buat satu akaun je ke?

Apa kesudahan tentang arahan peguam negara yang pada awalnya tak benar ikat jamin pada dua ekor kera tu? Buang letak tepi?

Berbalik pada Red Bean Army, nak tengok je ke mereka ni terus menghina agama Islam, memaki Nabi dan sebagainya?

Dengar kata bawa masuk dalam parlimen, tapi yang sebenarnya itu nak bagi populariti murahan pada RBA untuk terus menjadi perhatian.

Sudah sudah le tu, tak payah nak bawa kesana sini, ambil tindakan, itu yang kami nak tengok, bukan nak dengar masuk parlimen segala bagai.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

JANGAN PELUK TUBUH TUNGGU DAN LIHAT


"Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya," luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor.

Sedangkan menurut Mohamad Nasir beliau telah bekerja bertungkus-lumus untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser.


Dari apa yang dapat kita baca seperti diatas..Sangkakala nampak guru ini dianiaya hanya kerana politik..yelah apabila seorang guru besar beriya iya menyokong UMNO jadi sudah pasti ada yang merah mata tak puas hati.

Dan apa yang penting sekarang..guru ini sedang menghadapi tekanan dan pelbagai ugutan telah dihantar kepada beliau dan apa pula tindakan dari orang orang UMNO? 

Kerajaan perlu melakukan sesuatu agar perkara ini tidak lagi berlaku dimasa hadapan..fitnah ini boleh dianggap berat kerana kerana ianya dilihat sebagai rasis yang melampau walaupun perkara tersebut tidak seperti yang digambarkan.

Bagi Sangkakala..orang yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pebgadilan dan kerajaan jangan hanya mengambil tindakan tunggu dan lihat kerana takut nanah menjadi barah.




@NajibRazak KEMANA MELAYU DAN ISLAM AKAN PERGI DAN APA AKAN JADI SELEPAS INI


Hari ini Tun Faisal ada mengeluarkan satu artikel tentang surat Dr Mahathir Muhammad kepada Tuanku..setelah Sangkakala baca isi kandungan surat yang disalin semula oleh Tun Faisal, Sangkakala dapat rumuskan sesuatu.

Baca selanjutnya DISINI

Rumusan yang ingin Sangkakala katakan disini ialah, mungkin apa yang terjadi di zaman Tun Dr Mahathir kini berulang kembali, iaitu kelembutan melampau kerajaan dalam menangani isu isu yang membabitkan orang Melayu serta agama Islam.

Beberapa kejadian sejak kebelakangan ini berkenaan dengan kedaulatan bangsa dan agama sering menjadi permainan oleh golongan bukan Melayu serta bukan beragama Islam. Apakah kerajaan mahu terus membiarkan perkara ini berlaku?

Selaku sebuah kerajaan, Sangkakala rasa tidak sepatutnya perkara perkara seperti ini dibiarkan dan ia seharusnya dibendung dengan lebih proaktif.

Bukan niat Sangkakala untuk mengkritik kerajaan, tapi jelas kelihatan kini, orang orang Melayu sendiri sudah agak kecewa dengan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO yang dikatakan membela nasib orang Melayu serta Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

Kalau dulu UMNO akan bangkit mempertahankan agama Islam dan orang Melayu, tapi kini kita lebih ditindas dan lebih ditekan hingga untuk menarik nafas juga sudah tidak selesa.

Apakah perlu rakyat bangkit sepertimana kejadian 13 mei 1969 yang mana kerajaan telah dibelakangi oleh rakyat hingga mereka turun seperti orang hilang akal kerana membela maruah bangsa Melayu serta menegakkan agama Islam?

Ini semua berlaku apabila kerajaan dilihat sudah tidak mampu untuk memberikan pembelaan kepada bangsa dan agama ini, ini semua perlu dihentikan serta merta, jika kita melihat dari sudut kekuasaan, kerajaan Barisan Nasional hari ini telah menerima sokongan oleh orang orang Melayu dan jangan sampai Melayu ini berpaling tanpa menoleh menolak kerajaan yang ada kerana mungkin dalam benak mereka, kerajaan ini atau parti melayu ini sudah tidak mampu memayungi mereka.


Khamis, 25 Julai 2013

#KualaBesut HUSAM SALAHKAN JENTERA PAS TERENGGANU

Dah jadi kebiasaan, bila dah kalah mula akan menyalahkan pihak lain, dalam pilihanraya umum yang lalu, puak pakatan salahkan SPR, kali ni si Husam pulak mesti salahkan jentera PAS Terengganu yang memboikot kempen pilihanraya.

Walau macam mana pun, kekalahan Che Long bukanlah disebabkan jentera pilihanraya, tapi disebabkan oleh pengundi yang sudah mula muak dengan kerenah PAS.

Tambahan pula kini PAS sudah mula memainkan apa yang mereka katakan dulu pada UMNO contohnya isu rasuah, PAS memainkan isu pemberian BR1M sebagai rasuah oleh kerajaan kepada rakyat, sedangkan itu adalah salah satu tanggungjawab kerajaan untuk memberikan semula keuntungan kerajaan kepada rakyat untuk dikongsikan bersama.

Tapi di Kuala Besut lain pula terjadi, PAS memberikan petrol percuma kepada kenderaan, tetapi perlulah berumur 21 tahun ke atas.

Itu adalah bukti kuat dimana Husam telah gagal untuk menjalankan kerja dan tanggungjawab beliau hingga terpaksa memberikan rasuah kepada rakyat dalam bentuk minyak petrol.

Dan kali ini pengundi di Kuala besut sudah lebih matang, dengan penambahan undi kepada calon Barisan Nasional nampak mereka tidak boleg digula gulakan oleh pembangkang walau dengan apa cara sekalipun.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 24 Julai 2013

#KualaBesut JENTERA BN PERAK JALANKAN TUGAS CEMERLANG

Ketua Penerangan UMNO negeri Perak, Dato' Saarani Muhammad memuji jentera pilihanraya UMNO/BN negeri Perak yang berjaya menunjukkan komitmen yang tinggi dalam prk Kuala Besut.

Beliau berkata BN Perak telah menghantar 25 orang jentera tetap dan dibantu dengan jentera yang pergi dan balik disamping jentera yang dibawa menggunakan 2 buah bas pada hari ini.

Ikuti penjelasan beliau dalam video dibawah..

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

Walaupun ada jentera dari bahagian angkat yang sama sama berkhidmat di PDM kampung Nangka, namun yang benar benar menjalankan tanggungjawab bagi memastikan kemenangan diperolehi di kawasan tersebut.

Tapi biasalah, apabila dah tak boleh buat kerja atau melakukan tugas, maka akan mulalah ada tangan tangan yang akan menunjukkan kepada orang lain walaupun orang yang ditunjukkan itu menjalankan kerja dengan sempurna.

Itulah yang berlaku dan dialami oleh jentera UMNO/ BN negeri Perak apabila ada dikalangan jentera dari bahagian angkat yang sama sama menjaga PDM kampung Nangka mengatakan bahawa mereka tidak berkerja walaupun berpanas dalam keadaan berpuasa keluar untuk mencari serta bertemu dengan pengundi

Jadi Sangkakala juga ingin mengucapkan tahniah kepada jentera UMNO/BN negeri Perak khususnya wanita dan anggaplah apa yang diperkatakan oleh orang lain tu sebagai cubaan dan dugaan di bualan puasa.

Semoga apa yang kita lakukan akan mendapat berkat dari Allah dan bagi mereka yang mengeluarkan apa juga tohmahan dan kritikan tersebut..insyaallah akan mendapat hidayah.


#KualaBesut MASLIN SHAM BERI AMARAN PADA ABE KU

Hahahaha..belum jadi ADUN dah kena warning dengan rakan sendiri..aduhai la Abe Ku..tapi takpe..itu amaran yang membina Abe Ku dari seorang rakan yang sama baya yang mana beliau telah pun berjaya memenangi kerusi DUN Manong dalam kawasan Kuala Kangsar pada pilihanraya lepas.

Ianya bukanlah berbentuk amaran, tapi lebih kepada harapan seorang ADUN kepada bakal ADUN Kuala Besut dan harapan itu sebenarnya amat tinggi untuk generasi muda dimasa hadapan.

Kita ikuti apa harapan YB Maslin Sham kepada Abe Ku dalam video dibawah..

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO