Ahad, 16 Mac 2014

#PRKKajang BUKTI WAN AZIZAH HANYA PERTAHAN ANWAR TAPI BUKAN RAKYAT

Malang nasib para pengundi di Kajang jika membiarkan Wan Azizah sebagai ADUN di kawasan tersebut.

Secara jelas lagi terang Wan Azizah serta parti yang dibawa olehnya (PKR) tidak akan membela rakyat seperti mana yang dilakukan sebelum ini.


Gambar diatas Sangkakala ambil di kawasan Kajang, keadilan adalah untuk Anwar Ibrahim, jelas disini bahawa pakatan tidak akan membela rakyat, tetapi hanya untuk membela Anwar.

Ini sudah pun terbukti sepertimana yang berlaku di Permatang Pauh satu masa dulu dimana Wan Azizah telah bertanding sebagai Ahli Parlimen serta diangkat untuk menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Tapi itu semua hanyalah sementara dimana apabila Anwar dibebaskan dari penjara atas tuduhan menyalah gunakan kuasa, Wan Azizah telah meletakkan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen dan memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding di Permatang Pauh.

Kini peristiwa itu berlaku sekali lagi di Kajang dimana Lee Chin Cheh telah diminta untuk berbuat perkara sama iaitu meletakkan jawatan yang mana kononnya untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding seterusnya menjadi Menteri Besar.

Tapi apa yang berlaku sebenarnya adalah untuk mengelak kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar dan apabila mahkamah mendapati Anwar bersalah, maka beliau telah menarik diri dari bertanding.

Kini Wan Azizah sekali lagi diletakkan sebagai calon dan mungkin juga sebagai persiapan dimana, setelah Anwar keluar dari penjara dan sudah boleh bertanding semula nanti, maka Wan Azizah akan meletakkan jawatan dan memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding.

Sepertimana yang berlalu di Permatang Pauh semasa Wan Azizah menjadi Ahli Parlimen dulu, kawasan ini tidak terurus kerana Wan Azizah tidak begitu gokus pada kawasan dimana beliau lebih banyak menumpukan masa untuk menjaga anak dan kini mungkin cucu serta sibuk melihat Anwar di penjara dan seterusnya hanya berceramah menagis simpati kononnya Anwar dianiaya oleh kerajaan Barisan Nasional.

Perkara ini tidak akan habis disitu sahaja, apabila Anwar bertanding di Permatang Pauh dan menang sebagai Ahli Palimen kawasan tersebut sekali lagi dibiarkan kerana Anwar sibuk pula berceramah kononnya beliau dianiaya dan disiksa didalam penjara walaupun perkara tersebut tidak pernah berlaku.

Fitnah demi fitnah ditabirkan kononnya beliau disuntik dengan racun arsenik dan virus HIV sebagainya telah dibawa sebagai bahan untuk beliau berceramah diseluruh negara hingga Permatang Pauh terbiar begitu sahaja.

Tetapi berbeza pula dengan Datin Paduka Chew Mei Fun yang dilihat mampu untuk memberikan sepenuh masa beliau berkhidmat dikawasan Kajang khususnya untuk rakyat setempat.

Datin Paduka Chew Mei Fun juga sudah berikrar bahawa beliau akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan berjanji akan sentiasa turun padang berjumpa dengan rakyat untuk memperbaiki segala kepincangan serta menyelasaikan segala permasaalahan di kawasan Kajang.


Berbalik pulankepada Wan Azizah dengan manifestonya yang jelas menunjukkan bahawa kerajaan Selangor gagal mentadbir negeri dengan baik hingga terpaksa mengeluarkan manifesto buat kali ketiga.

Kenapa Sangkakala katakan ini kali ketiga? Kali pertama manifesto pakatan telah diucapkan sebelum pilihanraya umum ke12 dan ianya tidak tercapai.

Kemudian mereka sekali lagi mengulangi manifesto mereka pada pilihanraya umum ke 13 dan ianya tidak juga dilihat ada tanda tanda akan dilaksanakan dan kini sekali lagi dalam pilihanraya kecil di Kajang.

Janji demi janji diberikan, tapi berapa peratus daripada janji tersebut yang telah ditunaikan? Dan jelas terbukti bahawa ianya hanyalah secebis sahaja, berbeza dengan apa yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional yang mana hampir kesemua telah berjaya dilaksanakan dan yang masih belun terlaksanak sedang menuju kearah tersebut.

Jadi disini Sangkakala menyeru kepada semua para pengundibdi kawasan kajang agar memberikan mandat kepada Datin Paduka Chew Mei Fun untuk membawa suara rakyat di Kajang ke dalam Dewan Undangan Negeri supaya memberikan keseimbangan dalam Dewan.



Tiada ulasan: