Ahad, 2 Mac 2014

KISAH MASYARAKAT | KERANA SYABU ANAK BERJAUHAN DENGAN IBU

Kisah sedih yang Sangkakala baca dalam Mymetro amat menyentuh hati dan perasaan apabila 8 orang kanak kanak terpaksa berjauhan dengan ibu mereka yng kini di tempatkan di Pusat Rawatan Penagih Dadah di sebuah negeri di Pantai Timur.

Salah seorang anak tersebut mengatakan mereka adik beradik seramai 8 orang sudah biasa dimaki dan dihina oleh kerana kesilapan ibu bapa mereka yang terjerumus ke kancah penagihan dadah.

Bukan sahaja ibu bapa mereka malah neneh dan pakcik anak anak ini juga terlibat dalam aktiviti penyalah gunaan dadah.

Anak anak ini sekarang terpaksa berpisah kerana permasaalahan ibu bapa mereka dan mereka kini tinggal berasingan bersama keluarga angkat masing masing.


Pembaca sekalian, ini adalah contoh dimana najis dadah mampu untuk memusnahkan sebuah keluarga dan memporak perandakan anak anak yang tidak tahu apa apa.

Menurut salah seorang anak ini, mereka amat rindukan ibu mereka yang telah dua tahun tidak bersua muka.

Cuba bayangkan anak anak kecil ini yang memerlukan kasih sayang ibu dan bapa terpaksa berjauhan dengan kedua orang tua mereka hanya kerana ibu bapa mereka mengikut hawa nafsu mengejar keseronokkan.

Apalah yang diketahui oleh mereka melainkan hanya menunggu kepulangan seorang ibu yang menjadi tempat bermanja.

Moga perkara ini menjadi tauladan dan mampu untuk menginsafkan kita semua.



Tiada ulasan: