Jumaat, 7 Mac 2014

POLITIK | BILA EXCO KERAJAAN DAH KANTOI !!! SEMUA KATA MANIPULASI !!!

Cukup mudah puak puak pembangkang ni larikan cerita dan menutup kesalahan, bila dah rasa diri tersepit, mula la kata semua tu spekulasi dan diputarbelitkan oleh orang UMNO.

Tapi yang peliknya takde pulak kenyataan balas untuk perbetulkan keadaan, sepatutnya buat semula kenyataan yang mampu untuk memperbetulkan kenyataan yang dah kantoi tapi nampaknya menyalahkan pihak lain dengan pembangkang berpisah tiada.


Cuba tengok apa yang diperkatakan oleh EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari PKR diatas, dia sendiri yang mengatakan bahawa 'penjenayah bunuh polis adalah tidak menghairankan, tapi kalau polis membunuh tahanan itu adalah masalah'.

Bukankah kenyataan itu satu bentuk penghinaan yang mana bagi Sangkakala maksud dari kenyataan tersebut adalah tiada masalah jika anggota polis atau keselamatan di bunuh oleh penjenayah.

Tetapi beliau menganggapkan bahawa pihak polis yang membunuh tahanan itu bermasalah.

Sangkakala nak bagi tau sikit pada EXCO yang mungkin tak mengikuti perkembangan semasa dalam negara ni.

Tidak pernah lagi mana mana orang tidak kira orang awam atau polis atau sesiapa sahaja yang melakukan pembunuhan, mereka tetap akan dihukum dengan hukuman yang sama.

Tetapi dalam kes anggota polis atau keselamatan lain yang dibunuh oleh penjenayah mesti juga diambil kira untuk memastikan kita hidup selesa hingga membuatkan mereka terkorban dan pengorbanan ini tidak seharusnya diambil ringan atau mudah.

Memang benar setiap anggota polis atau keselamatan dibayar gaji untuk menjaga keselamatan, tapi berapa ramai yang sanggup berkorban jiwa dan raga semata mata untuk memastikan orang lain berada dalam keadaan selamat.

Sangkakala rasa EXCO Pulau Pinang ni puna tak sanggup untuk berkorban sampai ke tahap itu, terkorban dengan meninggalkan kaum keluarga yang dicintai, terkorban kerana untuk memastikan keselamatan negara, ini semua perlu diambil kira dan menjadi iktibar kepada kita semua.

Sepatutnya sebagai pemimpin di peringkat negeri, Dr Afif Bahardin lebih peka dengan situasi tersebut dan menyampaikan ucapan takziah, bukan mengatakan tidak menjadi kehairanan jika anggota polis mati dibunuh penjenayah seolah olah nyawa anggota polis tidak berharga tetapi nyawa penjenayah lebih diambil kira.

Kalau pemimpin sebegini yang tidak tahu tentang pengorbanan masih berterusan diangkat sebagai pemimpin, sudah pasti beliau juga tidak akan berkorban untuk kemakmuran rakyat dan Sangkakala berani mengatakan perkara tersebut.

Berbalik kepada menyalahkan pihak lain untuk menutupi kesilapan mereka, Dr Afif telah mengatakan bahawa UMNO memanipulasi kenyataan beliau dengan cara menyeleweng apa yang diperkatakan oleh beliau dalam kenyataan tersebut.

Sangkakala ajukan kembali soalan kenapa Dr Afif tidak membetulkan keadaan dengan menyatakan maksud sebenar kenyataan beliau atau sememangnya itulah maksud sebenar hingga maksud lain sudah tidak mampu untuk di perkatakan.

Sudah sudahlah wagai pembangkang, kenyataan seperti di manipulasi, akaun diceroboh sudah acap kali diperdendangkan kepada rakyat dan Sangkakala yakin rakyat sudah mula muak dengan perkara perkara sebegini.



Tiada ulasan: