Selasa, 11 Mac 2014

POLITIK | #PRKKajang #Kajang SIAPA CHEW MEI FUN ???

Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan bekas Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Petaling Jaya Utara dari tempoh  November 1999 sehingga Februari 2008. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari tarikh 10 April 2009 sehingga 29 April 2010



Datin Paduka Chew Mei Fun memenangi Kerusi Parlimen P094 PJ UTARA pada pilihanraya kali ke 10.  

Berikut adalah keputusan pada pilihanraya ke 10 bagi Parlimen P094 PJ UTARA


                         1. Chew Mei Fun  (BN)    25,603    2,481 (majoriti)

                         2. Liu Tian Khiew (DAP)  23,122

                         3. Wee Chek Aik (MDP)  706



Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10 April 2009. Beliau dilantik sebagai senator setelah gagal mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya 2008.

Pada 28 Mac 2010 semasa pemilihan MCA, beliau pernah berikrar akan melepaskan semua jawatannya jika perwakilan MCA masih memilih Chua Soi Lek yang terbabit dengan skandal seks DVD dilantik sebagai presiden. Chua Soi Lek berjaya menewaskan Ong Tee Keat dan Ong Ka Ting dengan majoriti tipis.
Ramai yang menyindir supaya Chew Mei Fun meletak jawatan sebagaimana ikrar. Ramai pengikutnya di Wisma MCA membawa sepanduk “Berpegang kepada prinsip demi maruah wanita”, “Kami sokong anda”, “Kami perlukan anda” dan “Jangan letak jawatan!”

Berdasarkan kepada ‘Track Record’ bersih yang dimiliki oleh calon Barisan Nasional daripada parti MCA ini, jelas dapat digambarkan bahawa beliau adalah calon yang amat sesuai untuk dipilih sebagai wakil rakyat di Kajang pada pilihanraya kecil DUN pada kali ini.


Chew Mei Fun disenangi oleh penduduk Kajang


"SAYA DENGAN RENDAH HATI, BERHARAP SUPAYA PENGUNDI KAJANG MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA AGAR SAYA DAPAT BERBAKTI DENGAN SEPENUH JIWA DAN RAGA KEPADA RAKYAT KAJANG SELEPAS SAYA DIBERI MANDAT PADA PRK N 51 KAJANG NANTI "



Tiada ulasan: