Jumaat, 28 Mac 2014

SEJAK BILA PAPAGOMO JADI BLOGGER UMNO ?? NGA KOR MENG DAH PERCAYA PADA MAHKAMAH ??

Acap kali kita didengarkan oleh pasukan atau pun gerombolan pembangkang mengatakan bahawa mahkamah tidak adil, tambahan pula dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun kebatas Anwar Ibrahim kerana meliwat.

Tapi kali ini ada kelainan berlaku dalam sistem yang selalu digunakan oleh pembangkang apabila YB Nga Kor Meng menyatakan dalam twitter bahawa beliau kini percaya kepada ketelusan mahkamah di Malaysia.

Lihat printscreen ke atas akaun twitter milik Nga Kor Meng tentang blogger PapaGomo yang dikenakan hukuman denda sebanyak 300 ribu ringgit oleh mahkamah.


Bagi Sangkakala, bukanlah kisah tentang PapaGomo yang nak diceritakan disini tetapi cerita yang berkisar tentang pembangkang yang selalu mengatakan bahawa mahkamah tidak adil dan telus sehingga baru baru ini Anwar Ibrahim sendiri mengatakan bahawa mahkamah sebagai alat UMNO untuk menjatuhkan beliau.

Tetapi daripada apa yang dilihat, apabila PapaGomo dikenakan tindakan mahkamah, mereka (pembangkang) telah seolah olah mengatakan bahawa mahkamah itu adil dan telus.

Bagi gambar yang Sangkakala masukkan diatas pula, Nga Kor Meng mengatakan bahawa apabila PapaGomo disaman kerana memfitnah dan disabitkan salah serta dikenakan denda oleh mahkamah beliau (Kor Meng) mengatakan bahawa siapa akan percaya pada UMNO lagi?

Jadi sini Sangkakala membuat penilaian bahawa keputusan mahkamah telah membuatkan Nga Kor Meng mengatakan sebegitu dan ini sekaligus telah membuktikan bahawa apabila mahkamah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara keatas Anwar maka PKR sudah tidak boleh dipercayai lagi kerana mempunyai seorang pemimpin yang melakukan atau gemar melakukan hubungan sesama jenis.

Begitu juga dengan saman fitnah yang dikenakan keatas Haji Hadi selaku Presiden PAS sebanyak 2 juta oleh bekas calon PKR Terengganu yang dikatakan sebagai penjual pil kuda maka PAS seterusnya tidak boleh dipercayai lagi kerana pemimpin tertinggi mereka (PAS) telah dikenakan tindakan oleh mahkamah.

Sama juga dengan kes dalam DAP yang mana Pengerusi Kebangsaan parti tersebut, Karpal Singh telah dikenakan tindakan denda oleh mahkamah sebanyak RM 4 ribu ringgit kerana menghina Sultan Perak satu masa dulu hingga terlucut kedudukan sebagai ahli parlimen Jelutong.

Dengan kenyataan Nga Kor Meng Sangkakala rasa ketiga tiga parti pakatan pembangkang adalah yidak boleh dipercayai kerana ketiga tiga pemimpin tertinggi parti parti tersebut telah dikenakan tindakan oleh mahkamah.

Kena adil la sikit YB, jangan bila Barisan Nasional atau UMNO yang kena maka mahkamah adalah adil tetapi bila kena batang hidung pakatan, Mahkamah dijadikan alat oleh Barisan Nasional.

Satu lagi Sangkakala nak bagi tau, apa bukti yang mengatakan PapaGomo adalah blogger UMNO? Hanya semata mata beliau menghentam pakatan terutamanya Anwar Ibrahim maka PapaGomo terus di katakan sebagai blogger UMNO? Itu sebenarnya satu pemikiran yang amat singkat dan bagi Sangkakala seorang pemimpin yang sempit pemikirannya tidak layak untuk menjadi pemimpin.



Tiada ulasan: