Ahad, 9 Mac 2014

POLITIK | BEZA KETARA DIANTARA ISTERI DUA PEMIMPIN BESAR

Walaupun telah dihentam dengan pelbagai kata kata nista selama ini, namun isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur masih mampu lagi untuk turun bersama sama dengan rakyat yang didalam keadaan sedih dan pilu atas kehilangan sebuah pesawat MAS MH370 yang dalan penerbangan ke Beijing.


Isteri Perdana Menteri sempat melawat keluarga mangsa di lapangan terbang dan merasai keperitan mereka sementara menanti laporan daripada pasukan keselamatan tentang situasi dan keadaan pesawat malang tersebut.

Tapi berbeza pula dengan isteri kepada Ketua Pembangkang yang kini disabitkan dengan kesalahan meliwat Saiful pada hari Jumaat lepas dan dikenakan tindakan hukuman 5 tahun penjara dan ditangguh hingga ke hari Isnin ini untuk rayuan.

Datin Seri Wan Azizah yang diletakkan sebagai calon di pilihanraya DUN Kajang pula lain pendekatannya, masih mampu tersenyum gembira kerana dicalonkan sebagai ADUN di Kajang.

Agaknya isteri kepada kepimpinan pakatan pembangkang ni takde rasa atau sikap prihatin kepada isu isu nasional dan seolah olah perkara atau musibah yang melanda seperti kehilangan pesawat MAS tersebut tidak memberikan apa apa kesan kepada mereka.


Datin Seri Rosmah mengalirkan air mata meratapi serta merasai keperitan keluarga penumpang serta anak kapal penerbangan tersebut.

Ini adalah perbezaan ketara diantara isteri dua orang pemimpin dari kerajaan serta pembangkang yang mana, seorang isteri pemimpin kerajaan sentiasa dimalukan oleh kepimpinan serta jentera pembangkang tidak kira secara zahir ataupun maya gagah untuk bersama dengan rakyat yang berada dalam kesedihan.

Dan seorang lagi isteri kepada pemimpin yang agak jarang disebut oleh pemimpin atau jentera kerajaan tetapi sudah berkali kali dimalukan oleh suami sendiri masih berasa gembira hanya semata mata untuk memuaskan hati seorang suami dan permasaalahan rakyat tidak langsung diambil kira.

Jadi nilaikanlah sendiri yang mana intan dan yang mana kaca.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anwar punya hal la ni

Tanpa Nama berkata...

penyapu

Tanpa Nama berkata...

Kipas mau kuat

Tanpa Nama berkata...

Hari tu ada orang yang merungut habis pulak time utk main badminton??

Kipas jangan tak kipas