Isnin, 24 Mac 2014

CORETAN BUAT #MH370


MH370..penerbanganmu kami iringi dengan doa..
Dengan harapan kau akan turun membawa berita gembira..
Kami telah dikejutkan dengan suara yang mengatakan bahawa kamu hilang..
Hingga kami tertanya tanya dimana kamu melayang.

MH370..kami menanti dengan penuh hiba..
Kami menunggu untuk berita gembira..
Pelbagai cara kami lakukan untuk mengesanmu di seluruh dunia..
Namun kau hilang tiada khabar berita.

MH370..setiap hari kami berdoa..
Menunggu dan masih menuggu kau kunjung tiba..
Kami memandang ke awan, dan kami melihat di lautan..
Namun bayangmu tidak kelihatan.

MH370..setiap waktu kami berdoa..
Supaya kamu diketemui dengan jayanya..
Namun setiap saat dan detik semakin hiba..
Bila khabarmu tak kunjung jelma.

MH370..anak menanti ibu bapanya..
Ayah ibu menanti anak menantu cucunya..
Isteri menanti akan suaminya..
Namun kau tetap tiada berita.

MH370..hari ini dunia kami merasa kelam..
Bila dikhabarkan kamu sebenarnya tenggelam..
Airmata kami berjujuran tiada berhenti..
Mengenangkan penantian dan pencarian serta doa kami selam ini.

MH370..doa kami untuk kamu semua..
Kerna itulah takdirmu didunia..
Semoga syurga tempat semua..
Akan kami iringi kamu dengan doa.



Tiada ulasan: