Khamis, 20 Mac 2014

JENAYAH | WARGA MYANMAR MAUT DITETAK !!! ADA YANG SALAHKAN KERAJAAN

Semalam dilaporkan dalam sinar-online bahawa seotang lelaki dari Myanmar maut ditetak di Subang jaya.

Hasil dari siasatan polis, warga Myanmar tersebut telah terlibat dalam pertengkaran pada hari ahad lepas dan polis tidak menolak kemungkinan bahawa motif pembunuhan kejam ini adalah dendam.


Apa yang menjadi kehairanan pada Sangkakala ialah, ada beberapa komen diluahkan oleh pembaca yang menghentam pihak kerajaan tentang perkara tersebut.

Ada yang mengatakan bahawa ini semua berpunca daripada kerajaan yang membawa masuk pekerja asing secara berlebihan ke dalam negara.

Disini Sangkakala nak juga bertanya, adakah itu sebab utama terjadinya pergaduhan serta pembunuhan tersebut?

Yang kedua, berapa ramai rakyat Malaysia yang sanggup untuk bekerja sebagai penghantar barangan sepertimana yang dilakukan oleh mangsa pembunuhan itu?

Jika tidak ada kemasukan pekerja asing, adakah rakyat Malaysia yang mahu bekerja dengan gaji yang setimpal dengan kerja yang diberikan?

Semua itu sebenarnya tidak ada, kebanyakan rakyat tempatan lebih sanggup tidak bekerja daripada melakukan kerja dengan pendapatan rendah walaupun pendapatan tersebut berpatutan dengan kerja yang mereka lakukan.

Sabagai contoh Sangkakala berikan disini, jika bekerja sebagai pekerja penghantaran, berapa gaji yang diingankan oleh pekerja tempatan? Paling kurang mereka mahikan RM 1500 ke RM 1800 sedangkan pekerja asing mampu untuk bekerja dengan gaji sebanyak RM 1 ribu.

Jadi disini, kita tidak boleh menyalahkan kerajaan kerana itu adalah kesilapan daripada rakyat negara ini yang sesetengahnya mahukan gaji yang tinggi tetapi dengan bebanan kerja yang kurang.

Ini adalah salah satu penyakit yang dihifapi oleh rakyat Malaysia yang terlalu memilih kerja dan ada sesetengahnya pula pandai mengira keuntungan majikan hingga membuatkan mereka meminta gaji yang tinggi.

Ini telah membuatkan pihak majikan tidak mampu untuk membayar gaji mereka dan seterusnya mengambil jalan untuk mengambil pekerja asing.

Jadi disini Sangkakala rasa tak perlulah kita nak menyalak menyalahkan pihak kerajaan semata mata jerana mengambil pekerja asing sedangkan kita sendiri yang telah membuatkan kerajaan mengambil tindakan tersebut.


Tiada ulasan: