Sabtu, 15 Mac 2014

#prayformh370 #MH370 JURUTERBANG HIJACK PESAWAT ??? ADA KEMUNGKINAN KE ???

Dalam kenyataan akhbar Perdana Menteri tadi Sangkakala ada dengar yang mana Perdana Menteri ada mengatakan bahawa kemungkinan semua komunikasi dan radar dalam pesawat MH370 telah dimatikan.

Ini sebenarnya memberikan harapan baru kepada waris waris mereka yang berada dalam pesawat tersebut yang selama ini berharap agar semua penumpang serta anak kapal dalam pesawat tersebut selamat.

Apa yang menjadi persoalan ialah, jika semua komunikasi dan sistem radar pesawat tersebut dimatikan, orang yang paling hampir dengan perkara ini ialah juruterbang pesawat itu sendiri.

Ini juga mungjin ada kaitan dengan pembinaan alat simulasi penerbangan dirumah juruterbang pesawat tersebut.


Apa kegunaan untuk juruterbang ini memasang alat simulasi di kediaman beliau dan ianya sudah pasti memerlukan modal yang agak tinggi untuk proses pembinaan alatan tersebut.

Walau bagaimana minat sekalipun seseorang itu dalam bidang penerbangan, agak mustahil juga mereka memasang alat simulasi sebegitu di rumah.

Bukanlah Sangkakala hendak menuduh tetapi itu secara pemikiran sahaja dan apa apa pun kita semua harus berdoa agar kesemua mereka terselamat dan sekiranya benar apa yang dikatakan bahawa pesawat tersebut telah dirampas maka si perampas tersebut perlu diambil tindakan sekeras kerasnya kerana ianya melibatkan nyawa manusia.


Tiada ulasan: