Rabu, 5 Mac 2014

POLITIK | DAIM DAN ANWAR SALING TUDUH MENUDUH

Kedua dua mantan Menteri Kewangan ini nampaknya saling tuduh menuduh diantara satu sama lain.

Yang si Anwar kata Tun Daim adalah Menteri Kewangan paling rasuah, begitu juga nampaknya dengan Daim yang mengatakan Anwar paling banyak rasuah.


Tapi kalau nak dikirakan mungkin juga kedua duanya kuat rasuah.

Anwar mendakwa Daim kuat dengan rasuah kerana beliau berkata kekayaan negara telah dibawa keluar oleh Daim sepanjang menjadi Menteri Kewangan sebanyak dua kali dan Anwar mengatakan bahawa beliau mengetahui perkara tersebut apabila menjawat jawatan menggantikan Tun Daim sebagai Menteri Kewangan.

Mungkin ada kebenarannya sebab Anwar menjadi pengganti selepas Daim.

Tetapi kita jangan lupa juga tentang Anwar yang menjadikan beberapa orang ahlu keluarganya kaya.

Dan adakah mereka mereka ini (keluarga Anwar) menjadi proksi kepada beliau semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dulu.

Ini juga seperti yang didakwa oleh Anwar bahawa Tun Dain menjadikan beberapa proksi beliau di luar negara untuk membawa kekayaan negara keluar.

Apa apa pun kedua duanya bagi Sangkakala sama je, kata sorang tak guna sebab dua dua pun kini memang dah kaya raya.

Program FORUM PERDANA EHWAL ISLAM: Ancaman Pluralisme dan Liberalisme kepada Aqidah & Kesucian Islam pd Selasa 4 Mac 2014 di kawasan padang Taman Kota Ceras Fasa2 bermula jam 9mlm.


Tiada ulasan: