Jumaat, 28 Mac 2014

KERAJAAN SELANGOR JANGAN JADI BUTA DALAM CELIK @NohOmar @tunfaisal

Sangkakala terjumpa akhbar SelangorKu yang mana isi kandungannya ada menyatakan tentang kerajaan negeri akan mengkaji semula kapasiti tangki air di rumah pangsapuri.

Bagi Sangkakala, kerajaan Selangor jangan la sampai jadi buta dalam celik sebab tangki sedia ada kini pun tidak diselenggara dengan baik dan ada rungutan daripada penduduk yang mengatakan air yang disalurkan ke kediaman mereka dicemari dengan bau air berkarat.


Sangkakala katakan bahawa kerajaan Selangor buta dalam celik apabila memikirkan kapasiti air sedangkan keselamatan pengguna di pangsapuri berpandukan daripada kebersihan air yang dibekalkan.

Tapi memang menjadi kebiasaan kepada kerajaan Selangor yang tidak memikirkan keselamatan atau kesihatan rakyat.

Ianya sama seperti kes denggi yang kini boleh dikatakan amat serius di Selangor.

Sangkakala tinggalkan dulu kes denggi dan akan Sangkakala sambung di lain episod.

Sekarang kita fokus kepada masalah air di pangsapuri.

Apa yang Sangkakala perhatikan berpandukan daripada rungutan penduduk sendiri yang mengatakan bahawa air mereka berada dalam keadaan menyedihkan.

Adakah air sebegini yang dikatakan bagus dan selamat untuk digunakan oleh rakyat Selangor? Dengan penyelenggaraan yang tidak diuruskan dengan baik maka risiko untuk pengguna mendapat 0elbagai penyakit adalah amat tinggi.

Sangkakala juga memerhatikan bahawa kepimpinan kerajaan Selangor hanya berpolitik dengan mengatakan ketidak cekapan kerajaan pusat dalam mengurus tadbir negara sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan Selangor adalah amat mendukacitakan.

Selangor adalah sebuah negeri yang dahulunya semasa dalam pemerintahan Barisan Nasional menerima pelaburan tertinggi dalan negara dan kini Selangor jatuh kepada tangga ke empat.

Walaupun begitu, rizab kerajaan negeri adalah tinggi dengan nilai hampir mencecah 3 billion tetapi adalah amat malang ianya tidak digunakan untuk kebaikan rakyat.

Jika rizab ini digunakan dengan sebaik mungkin, permasaalahan seperti tangki air tidak diselenggara ini tidak akan berlaku.

Kini kerajaan negeri bercadang pula untuk mengkaji tangki sedia ada sedangkan penyelenggaraan tangki tangki yang ada kini diabaikan.


Tiada ulasan: