Isnin, 17 Mac 2014

#prayformh370 #MH370 MAHFUZ KELUAR KENYATAAN LAWAK

Lucu pulak Sangkakala apabila mendengar Mahfuz Omar sedia menawarkan diri untuk dijadikan tebusan jika pesawat MAS MH370 yang hilang sejak 10 hari lalu ditawan.

Nak tanya sikit la, kenyataan ni serius atau mempersenda? Atau sengaja nak mencari publisiti kononnya pakatan pembangkang begitu mengambil berat tentang kehilangan pesawat tersebut.


Sangkakala ingat lagi macam mana N.Surendran pernah juga menawarkan diri untuk ikut serta dalam ops cantas yang dilakukan oleh pasukan polis satu masa dulu dan akhirnya kita dapat melihat pelbagai alasan diberikan apabila pihak polis bersedia membawa beliau bersama.

Nak ingatkan sikit pada Mahfuz la, kalau nak membantu bukan dengan menawarkan diri secara bodoh macam tu, bantu dari segi berdoa pun dah cukup.

Tapi apa yang berlaku hari ini tidak menampakkan bahawa Pakatan bersama sama dengan kerajaan dalam membantu usaha mencari.

Pakatan juga dilihat lebih banyak memperlekeh usaha yang dilakukan  oleh kerajaan daripada membantu memberikan pendapat dalam usaha mencari dan menyelamat.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul lah apa yg dia katakan..memang org tu bodoh dan gila...jeng jeng jeng..