Sabtu, 1 Mac 2014

POLITIK | APABILA WARLORD TERLALU RAMAI MAKA KEPUTUSAN SUSAH DIBUAT

Apabila Menteri Besar Selangor menandatangani perjanjian untuk menyambung projek Langat 2, maka pelbagai tohmahan telah dilemparkan.

Walaupun ianya adalah untuk kepentingan rakyat, namun pemimpin pembangkang tidak akan berpuas hati dan mungkin mereka lebih suka melihat rakyat menderita daripada mendapat manafaan hanya semata mata kerana kepentingan politik dan agenda jahat mereka.


Kini Khalid Ibrahim bakal berhadapan dengan 2 orang warlord PKR iaitu Azmin Ali dan Anwar Ibrahim untuk menjawab dan memberikan sebab tentang perjanjian Langat 2 diantara kerajaan negeri Selangor dengan kerajaan Pusat.

Kenapa sampai nak tunjuk sebab atau nak minta penjelasan? Bukankah itu merupakan tanggungjawab kerajaan bagi menyediakan kemudahan serta memikitjan kebajikan rakyat?

Negara telah dilanda kemarau yang agak panjang hingga menyebabkan air sungai langat dicemari dengan amonia dan kerja kerja untuk memproses air terawat terpaksa dihentikan.

Ini telah melibatkan gangguan air yang agak teruk di beberapa kawasan seperti Dengkil dan kawasan kawasan lain.

Sehingga kini hampir 1.2 juta penduduk mengalami masalah kekurangan air.

Projek Langat 2 telah dibina oleh kerajaan pusat untuk menyalurkan air mentah dari Pahang ke Selangor dan ianya terpaksa dihentikan kerana tidak mendapat kelulusan kerajaan Selangor.

Jika projek Langat 2 ini dibenarkan sejak dulu lagi, maka kemungkinan permasalahan kekurangan air ini tidak akan berlaku.

Tapi apabila Khalid sedar bahawa ianya satu keperluan dan beliau menandatangani perjanjian pembinaan tersebut, maka tangan tangan hitam yang selama ini telah menganggu urusan perjanjian selama ini telah dikesan dan kini mereka seperti malah mungkin merasa tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh Khalid.

Warlord seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali adalah orang orang yang menganggu gugat segala perancangan yang dilakuka  oleh kerajaan pusat selama ini dan mereka mereka ini sebenarnya tidak langsung memikirkan tentang keperluan rakyat.

Apa yang mereka tahu hanyalah untuk berpolitik sepanjang masa dan ini yang membuatkan rakyat Selangor semakin menderita selama ini dan jika mereka ini diberikan peluang untuk menjadi pemimpin kerajaan Malaysia l, Sangkakala yakin rakyat Malaysia akan menderita tanpa prasarana dan kebajikan yang mencukupi.



Tiada ulasan: