Jumaat, 7 Mac 2014

POLITIK | BETUL KATA ZULKIFLI NORDIN

Tak dapat disangkal lagi apa yang dikatakan oleh Datuk Zulkifli Nordin yang satu masa dulu telah menjadi peguam bela kepada Anwar bahawa perlakuan sodomi Anwar terhadap Saiful memang berlaku.

Cuma para pencacai pembangkang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa pemimpin mereka itu tidak normal permintaan nafsunya.


Zulkifli pernah berkali kali mengatakan bahawa semasa Saiful melaporkan kejadian liwat keatas beliau, Anwar jadi tak tentu arah seperti orang hilang akal dengan keadaan mukanya yang pucat ketakutan dan Anwar telah meminta supaya Zulkifli menempah tiket penerbangan ke luar negara pada malam itu juga.

Tidak dapat tiket ke luar negara maka Anwar telah melarikan diri ke kedutaan Turki dengan alasan kononnya ada orang yang cuba untuk membunuh beliau.

Kini segalanya sudah terbukti yang mana satu ketika dulu, mahkamah telah membebaskan Anwar kerana kononnya sample DNA yang diambil telah tercemar.

Dan hari ini telah berlangsung satu lagi prosiding mahkamah yang mana 3 hakim telah mendapati bahawa Anwar bersalah.

Maka gegak gempitalah seluruh alam oleh para pengikut pakatan yang mengatakan bahawa mahkamah dan hakim telah dibeli oleh UMNO untuk menjatuhkan Anwar.

Mungkin audah menjadi kebiasaan, apabila pihak mereka dijatuhi hukuman, maka mahkamah dan hakim telah dibeli, tapi apabila mereka menang dalam kes, maka mahkamah adalah tempat seadil adilnya.

Seperti yang berlaku terhadap blogger papagomo yang diperintah untuk membayar saman kepada Anwar sebanyak RM 800 ribu, maka pengikut pajatan mengatakan bahawa kejahatan akan terbalas.

Jadi kini bila Anwar pulak kena, maka kenalah terima bahawa kejahatan akan terbalas dan kali ini sipenjahat itu pula adalag Anwar Ibrahim.


Tiada ulasan: