Sabtu, 29 Mac 2014

KADIR JASIN MELATAH SEBAB JAWATAN TERLEPAS @tunfaisal

Mungkin para pembaca masih boleh imbau kembali bagaimana Kadir Jasin pernah menghentam kepimpinan Perdana Menteri satu masa dulu dan ianya dipercayai berpunca kerana beliau tidak dilantik sebagai pengerusi Media Prima Berhad.


Kali ini seperti yang Sangkakala tuliskan tengah hari tadi, Kadir Jasin sekali lagi telah melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri yang kononnya tidak sepopular Tun Mahathir dan kepimpinan Tun Abdullah lebih baik daripada Najib.

Apakah maksud sebenar yang mahu disampaikan oleh Kadir Jasin dalam perkara ini? Adakah Kadir menerima arahan daripada seseorang atau kini beliau bersendirian dan menghentam Perdana Menteri hanya kerana jawatan pebgerusi Media Prima yang tidak diberikan kepada beliau?

Sangkakala lihat perkara ini seperti sebuah dendam yang mana Kadir merasakan bahawa apabila beliau tidak lagi berada dalam NST sebagai Ketua Editor maka brliau layak untuk duduk sebagai pengerusi Media Prima.

Tidak semua yang dijangkakan oleh manusia akan menjadi dan untuk perlantikan sesuatu jawatan juga bukan semudah memetik jari ditangan.

Kadir perlu ingat yang beliau sendiri pernah mengatakan bahawa bukan mudah untuk menjatuhkan Najib dan ianya tidak semudah menjatuhkan Tun Abdullah.

Sangkakala ambil kata kata ini untuk diperhalusi, bagaimana Kadir tahu bahawa menjatuhkan PakLah lebih mudah berbanding Najib?

Adakah Kadir juga pernah terlibat dalam usaha menjatuhkan PakLah satu masa dulu sehinggakan mantan Perdana Menteri tersebut melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri?

Jika Kadir Jasin tidak terlibat sama, bagaimana beliau boleh mengetahui akan susah senangnya proses untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri?

Nampaknya Kadir dah buka pekong didada sendiri kali ni dan Sangkakala mengandaikan daripada apa yang beliau ucapkan ada kena mengena dengan usaha untuk menurunkan PakLah daripada menjadi Perdana Menteri.



Tiada ulasan: