Jumaat, 28 Mac 2014

BOMOH | IBRAHIM MAT ZIN MENGGILA LAGI

Kenapa kebal sangat individu yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh sedunia sampai boleh buat macam macam perkara khutafat di Malaysia ni.

Sangkakala rasa Ibrahim Mat Zin perlu dikenakan tindakan kerana jelas telah melanggar syarak dengan mengadakan ritual 'seru mayat' kononnya di Pulau Sembilan.


Ibrahim Mat Zin dikatakan telah melakukan upacara 'seru mayat' ekoran daripada kehilangan pesawat MH370 di lautan Hindi dan ritual tersebut telah di buay di Pulau Sembilan.

Yang menjadi kehairanan apabila jabatan agama Islam tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap bomoh yang pernah menjadi tarikan serta kritikan apabila trlag mengadakan ritual mengesan pesawat MH370 di KLIA baru baru ini.

Mufti kerajaan Perak sendiri telah meminta Ibrahim untuk bertaubat dan mungkin kerana kedegilan Ibrahim maka perkara khurafat masih lagi dlakukan oleh beliau.

Sangkakala minta pihak berwajib untuk segera mengekang perlakuan yang dilakukan oleh Ibrahim demi memertabatkan agama Islam dan kita sebagai sebuah negara yang agama persekutuan nya adalah agama Islam perlu melihat perkara ini dengan lebih serius.

Ini juga yang sebenarnya memalukan negara dan sekaligus melihatkan juga bahawa Malaysia tidak menitik berat dalam usaha menghalang perbuatan khurafat sebegini.



Tiada ulasan: