Ahad, 9 Mac 2014

INSIDEN | WARGA CHINA BERANG DENGAN TINDAKAN MAS

Dalam Sinar Harian ada tertulis bahawa warga China yang baru sampai ke Kuala Lumpur berang dengan MAS berhubung kehilangan sebuah pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Waris penumpang dikatakan berang apabila MAS tidak memberikan kerjasama memberikan laporan kepada mereka tentang status kejadian.


Bagi Sangkakala, tak perlu le nak berang sangat sebab bukan hanya MAS yang pernah mengalami situasi begini, pesawat China Air juga pernah terhempas dan selagi tiada bukti bahawa kapal terbang tersebut jatuh terhempas, mana mana pihak pun akkan buat kenyataan.

Lagi pun apa yang Sangkakala tau, dalam pesawat tersebut juga bukan hanya ada penumpang dari negara China tetapi dari 14 buah negara lain turut serta termasuk dari Malaysia sendiri.

Jadi sama sama la kena sabar menunggu apa sebenarnya yang berlaku,  sama ada ianya jatuh atau pun tidak, kalau nak diikutkan dari segi kepakaran, ramai pakar penerbangan berada dalam laman facebook sekarang ni yang memberikan pelbagai laporan.

Tapi dalam banyak banyak laporan tu, Sangkakala tengok satu pun tak boleh pakai, mengeruhkan keadaan lagi ada la.

Kepada keluarga penumpang, Sangkakala ucapkan takziah dan marilah kita sama sama berdoa agar pesawat tersebut selamat ditemui.



Tiada ulasan: