Rabu, 19 Mac 2014

#PRKKajang #Comeyfun CYBERTROOPER PR MULA SERANG CALON BN !!! SANGKAKALA TOLONG JAWAB

Nampaknya sekarang bahang pilihanraya kecil DUN Kajang telah mula menunjukkan kehangatannya yang sebenar.

Cybertrooper Pakatan nampaknya telah mula menyerang calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam page laman facebook beliau.

Antara mereka yang menyerang Datin Paduka Chew ialah Pejuang Keadilan yang mengatakan bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun pernah kalah dalam pilihanraya umum ke 12 dan dilantik menjadi Senator dan seterusnya menjadi Timbalan Menteri.


Disini Sangkakala nak jawab sikit pada Pejuang Keadilan yang sudah pastinya untuk Anwar tetapi bukan untuk rakyat Malaysia.

Menang dan kalah dalam pilihanraya adalah perkara biasa dan tidak semestinya jika bertanding setiap calon itu pasti menang, dan ini juga akan berlaku di Kajang, tidak semestinya kak jijah akan menang dalam pertandingan 1 lawan 1 pada kali ini dengan Datin Paduka Chew Mei Fun.

Merujuk pula kepada perlantikan beliau sebagai Senator dan Timbalan Menteri, itu adalah bukti dimana Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat kepercayaan daripada pucuk pimpinan Barisan Nasional dan sekiranya beliau diberi peluang untuk menjadi ADUN di kawasan Kajang, sudah pasti akan memberikan lebih banyak kebaikan berbanding dengan 'ikan sepat kering' (kak jijah).

Jadi disini Sangkakala tidak nampak langsung dimana masalahnya. Adakah kerana pernah kalah maka beliau tidak layak dipilih sebagai seorang ADUN? Dan perlu diingat, Datin Paduka Chew Mei Fun kalah di kawasan didalam Selangor dan kini beliau masih bertanding di Selangor.

Tidak seperti 'sepat kering' yang meletakkan jawatan di Permatang Pauh tetapi kini bertanding di Kajang Selangor melangkah satu negeri untuk memenuhi cita cita suami semata mata.

Begitu juga dengan seorang wanita yang kononnya marah apabila sekolah dimana tempat anaknya belajar di Petaling Jaya Utara diroboh dan digantikan dengan sebuah bangunan kediaman.

Sangkakala juga nak terangkan disini bahawa sekolah tersebut telah digantikan dengan sebuah sekolah baru yang mana seperti biasa jika sekolah baru menggantikan sekolah lama maka prasarana dan infrastruktur sekolah baru akan dinaik taraf dengan lebih baik untuk keselesaan pelajar.

Dalam kenyataan seorang wanita yang dikatakan sama sama hadir bagi membantu Pakatan berkempen di Kajang, Sangkakala baca sendiri bahawa wanita berketurunan cina ini mengakui bahawa sekolah tersebut telah dipindahkan dan didirikan dengan bangunan baru.

Ini sebenarnya bukan kegagalan tetapi ini adalah penambah baikan untuk keselesaan pelajar pelajar di sekolah berkenaan.

Kecualilah jika bangunan sekolah tersebut diruntuhkan dan tidak diganti dengan sekolah lain, itu mungkin akan manjadi kemarahan kepada rakyat kerana telah menyusahkan mereka.

Sangkakala rasa anak kepada wanita yang kononnya membantu pakatan mendedahkan kegagalan Datin Paduka Chew Mei Fun berjaya menamatkan pelajaran di sekolah yang baru dan adakah ini dikatakan kegagalan kepada Datin Paduka Chew?

Cuma disini apa yang Sangkakala lihat ialah, pakatan sudah tidak mempunyai isu untuk menghentam Datin Paduka Chew kerana beliau telah berjaya membuktikan bahawa beliau mampu untuk menjadi Ahli Parlimen yang baik selama ini.

Dan kini kita boleh lihat pula apabila Tony Phua menjadi Ahli Parlimen, apa pembangunan yang mampu dibaea oleh beiau di kawasan Petaling Jaya Utara? Tiada apa perubahan malah semua yang ada di kawasan tersebut adalah hasil usaha yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Berbalik kepada kawasan Kajang,  setelah Anwar tidak layak untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, maka kak Jijah menjadi kambing hitam untuk dipertaruhkan dan kita semua maklum bahawa penggantian ini adalah sebagai simbolik semata mata, yang akan mengatur cara di Kajang nanti adalah Anwar sendiri.

Kak Jijah pernah mengatakan bahawa perletakkan jawatan beliau sebagai ahli parlimen Permatang Pauh dulu adalah untuk memberikan tumpuan sepenuh masa beliau terhadap keluarga tapi sejarang apa dah jadi? Adakah keluarga Kak Jijah telah musnah secara total hingga beliau terjun kembali ke arena politik.

Jawapannya adalah hanya untuk nafsu Anwar Ibrahim yang gila untuk menjadi Perdana Menteri.


Tiada ulasan: