Sangkakala terbaca dalam blog seorang rakan blogger mynameblackpanther yang mengatakan ramai dikalangan ketua kampung tidak berpuas hati dengan perlantikan baru jawatan tersebut apabila mereka tidak dilantik semula atas faktor umur melebihi 65 tahun di negeri Perak.
Kerajaan negeri telah membuat garis panduan dimana umur bagi seseorang ketua kampung adalah tidak melebihi 65 tahun dan oleh kerana itu juga maka ramai dikalangan mantan ketua kampung tersebut merasa tidak puas hati dengan kerajaan negeri.
Sangkakala nak nasihatkan kepada mantan mantan ketua kampung yang tidak dilantik semula supaya meneruskan khidmat sebagai orang lama yang berpengalaman dan bukannya bertindak keanak anakkan apabila tidak dilantik semula oleh kerajaan negeri.
Bagi Sangkalala adalah anat baik dimana perlantikan ini dibuat mengikut garis umur yang ditetapkan sebab biasanya yang dibawah 65 tahun ini akan lebih berkesan kepimpinannya dan lebih agresif pergerakan nya.
Bukan apa, cuma daripada apa yang Sangkakala lihat, seperti kata blackpanther ramai dikalangan ketua kampung ni dah lanjut usianya dan seharusnya mereka ini diganti dengan orang lain dan kalau boleh Sangkakala cadangkan disini supaya perlantikan ini terhad untuk jangka masa 2 penggal sahaja dan kemudian diberikan pula kepada orang lain untuk menerajui kampung.
Golongan muda juga perlu diberikan pendedahan untuk memimpin dan janganlah sampai seolah olah jawatan ketua kampung tersebut hendak dijawat sehingga akhir hayat.
Yang mana rasa tak mampu elok awal awal bagi tau yang mereka tidak mampu untuk laksanakan tugas dengan baik diatas sebab faktor kesihatan atau sebagainya.
Dan kepada yang dilantik pula jangan le buat macam kampung tu anda seorang yang punya sampai berlagak mengalahkan seorang ADUN pulak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan