Isnin, 24 Mac 2014

POLITIK | KHALID IBRAHIM GELISAH WAN AZIZAH MENANG

Semalam telah berakhir pilihanraya kecil yang sengaka diadakan oleh Anwar Ibrahim untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar pada awalnya.

Tetapi Tuhan telah menidakkan pencalonan beliau apabila Anwar didapati bersalah oleh mahkamah atas tidihan meliwat bekas pembantu pribadi beliau beberapa tahun lepas.

Wan Azizah telah dijadikan sandaran atau kambing hitam sebagai pengganti diri Anwar Ibrahim demi mencapai cita cita gila beliau untuk menjadi pemerintah.

Dengan slogan dari Kajang ke Putrajaya, nampaknya pakaran telah berjaya sekali lagi memenangi hati para pengundi di Kajang walaupun jumlah majoriti undi merosot berbanding PRU13 yang lepas.


Kini dilema telah melanda Menteri Besar Selangor yang sedia ada iaitu Khalid Ibrahim yang mana kini dilihat kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor akan goyah.

Pernah satu ketika dulu Pakatan Pembangkang mengatakan bahawa mereka akan ada speaker Dewan Undangan Negeri wanita yang pertama demi untuk menaikkan taraf wanita dan mereka juga pernah menyuarakan bahawa Pakatan akan mempunyai Menteri Besar wanita pertama di Malaysia.

Kini Wan Azizah telah pun memenangi pilihanraya kecil DUN Kajang dan tidak mustahil jika Wan Azizah diletakkan sebagai Menteri Besar dan apa pula yang kan berlaku kepada Khalid Ibrahim?


Jelas terbukti kini bahawa Wan Azizah adalah pembawa kepada identiti Anwar Ibrahim di dalam kerajaan Pakatan di Selangor dan ianya juga dapat dilihat apabila Anwar meletakkam Wan Azizah yang juga merupakan isteri kepada Anwar Ibrahim sebagai calon di Kajang.

Kini Wan Azizah telah menjadi ADUN dan ramai juga yang tahu bahawa hubungan Wan Azizah dengan Azmin Ali yang merupakan musuh nombor 1 Khalid Ibrahim amat baik dan boleh dikatakan Azmin adalah anak emas kepada Wan Azizah.

Kini nasib Khalid ibarat telur dihujung tanduk, mungkin dalam sidang DUN Selangor yang akan datang kita semua akan dikejutkan dengan perletakkan jawatan Khalid atau kita akan diperlihatkan bagaimana Khalid akan dijatuhkan melalui undi tidak percaya oleh Ahli Dewan Undangan negeri Selangor sendiri dan mungkinkah apa yang dikatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor bahawa tidak mustahil jika Khalid keluar parti dan mengisytiharkan bahawa beliau adalah ADUN bebas jika perkara ini berlaku.

Kita sama sama nantikan dan nampaknya, perjalanan politik dan kestabilan kegiatan negeri Selangor akan goyah jika perkara sebegini berlaku dan ianya adalah tidak mustahil akan berlaku.



Tiada ulasan: