Sabtu, 29 Mac 2014

KADIR JASIN MEROYAN LAGI @tunfaisal

Apa lagi le si Kadir Jasin ni nak agaknya, tak habis habis nak meroyan dalam blog dia mengatakan bahawa Perdana Menteri tak popular, paling lemah dan macam macam lagi.

Agaknya sebab gerakan yang dibuat dulu untuk merosakkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri tidak mendapat sambutan maka kali ni Kadir mulakan sekali lagi gerakan beliau.


Kadir telah mengulangi bahawa diantara Najib dan Tun Abdullah dulu perbezaannya adalah Tun Abdullah idrancang kejatuhannya oleh beberapa orang pemimpin UMNO dan beliau juga mengatakan ianya turut dibantu oleh blogger pro UMNO sendiri.

Sangkakala nak bagi tau kat sini, sekarang ni adakah Kadir pulak berniat untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri sampai berkali kali mengeluarkan kenyataan sama iaitu populariti Perdana Menteri telah jatuh?

Kadir juga mengatakan bahawa UMNO sudah ketandusan pemimpin hinggakan tiada siapa yang berani untuk mencabar beliau sebagai presiden UMNO.

Bagi Sangkakala, UMNO bukan ketandusan pemimpin tetapi atas dasar hormat kepada kepimpinan tertinggi maka jawatan tersebut tidak dicabar oleh mana mana pemimpin lain dalam UMNO.

Tapi kalau Kadir merasakan bahawa beliau mempubyai populariti dengan penulisan dangkal menghentam kepimpinan Perdana Menteri, pada pemilihan yang akan datang sila lah untuk bertanding.

Jangan hanya bercakap dari luar tebtang kepincangan segala bagai tentang kepimpinan kalau kita sendiri belum tentu mampu untuk memimpin.

Persoalannya disini, adakah kepimpinan Najib sekarang boleh dikatakan gagal sedangkan baru beberapa tahun menjadi Perdana Menteri?

Pada era Tun Mahathir di awal awal beliau menjadi Perdana Menteri juga populariti Tun Mahathir tidak kuat dikalangan rakyat, tetapi setelah beliau memegang jawatan tersebut selama beberapa tahun, barulah populariti beliau meningkat.

Begitu juga dengan pemilihan jemaah Menteri, adakah Perdana Menteri gagal setelah melantik beberapa orang dikalangan orang muda untuk menjadi menteri seperti Datuk Seri Mukhriz, Datuk Rahman Dahlan dan saudara Khairy Jamaluddin.

Ini juga telah dilakukan di zaman Tun Mahathir dimana majoriti daripada jemaah Menteri adalah dari kalangan orang muda.

Bagi Sangkakala Kadir hanyalah seekor langau yang hanya mampu membusukkan daging tetapi tidak akan mampu untuk menjadi garam yang menahan daging daripada menjadi busuk.



Tiada ulasan: